-->

‘Dakwaan ini tidak berasas’ – TikTok & Meta nafi sekat kandungan pro-Palestin seperti didakwa Menteri Komunikasi

TikTok tampil mempertahankan diri dan menafikan dakwaan yang dilemparkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, yang mereka menyekat kandungan pro-Palestin di Malaysia.

Menurut jurucakap TikTok dalam emel kepada Reuters semalam berkata, pihaknya memilih kesederhanaan dalam menentukan kandungan berita.

“Dakwaan ini tidak berasas. Garis panduan komuniti kami berpegang kepada kesaksamaan kepada semua kandungan TikTok dan kami komited untuk sentiasa melaksanakan dasar bagi melindungi komuniti.

Selain itu, pengendali platform Facebook, Meta, juga mengeluarkan kenyataan sama dan menepis dakwaan tersebut yang dianggap tidak benar. Malah pihaknya tidak mengekang hak bersuara di platform miliknya.

Semalam, Fahmi Fadzil mengakui beliau tidak menyenangi tindakan TikTok dan Meta mengenakan sekatan terhadap kandungan pro-Palestin di platform berkenaan.

Baca artikel berkaitan: “Saya sangat-sangat marah” – Ada bukti TikTok dan Meta Sekat Kandungan Pro-Palestin, Fahmi Fadzil Akan Beri Teguran Keras

Fahmi mendakwa, beliau mempunyai bukti kerana video ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di Himpunan Malaysia Bersama Palestin berserta dengan berapa gambar dari Gaza, tidak mempunyai sebarang unsur yang melanggar garis panduan komuniti, tetapi tetap disekat.

Justeru Fahmi meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuat teguran keras terhadap TikTok dan Meta.

Sumber: Buletin TV3

The post ‘Dakwaan ini tidak berasas’ – TikTok & Meta nafi sekat kandungan pro-Palestin seperti didakwa Menteri Komunikasi appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar