-->

Berita Qatar ancam gantung aktiviti eksport gas ke seluruh dunia jika Gaza terus diserang Israel, adalah berita palsu

Beberapa media tempatan hari ini melaporkan Qatar akan mengambil tindakan drastik sekiranya Gaza berterusan diserang oleh Israel.

Laporan itu mengatakan, Qatar mengancam untuk menggantung aktiviti eksport gas ke seluruh dunia jika Israel masih berdegil menyerang Palestin.

Bagaimanapun, laman Doha News menafikan laporan tersebut dan mendakwa berita palsu itu telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan akaun palsu.

Akaun tersebut, ‘Qattar Affairs’, memuat naik ciapan di X (Twitter) pada Rabu mendakwa, Qatar mengancam untuk menghentikan bekalan gas kepada dunia jika pengeboman Gaza tidak dihentikan’.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan di kalangan pemerhati Qatar di media sosial. Ramai yang mendakwa akaun tersebut adalah akaun palsu dan kenyataan yang dikeluarkan juga tidak benar.

“Akaun Qattar_affairs adalah akaun yang digunakan untuk menyamar sebagai akaun berita yang sah. Sebahagian kandungannya direka bentuk untuk menjadikannya kelihat seperti akaun berita Qatar standard.

“Tetapi banyak informasi tidak tepat, maklumat yang salah,” kata Profesor Marc Owen Jones dari Universiti Hamad bin Khalifa di Qatar, kepada Doha News, hari ini.

Beliau berkata, akaun tersebut diwujudkan pada 2021 menyamai akaun lain yang menggunakan nama ‘Qatar_Affairs’. Kedua-dua akaun itu dipercayai berkaitan dengan mesin propaganda Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Jelas Jones, akaun yang meragukan itu cuba menjadikan Qatar kelihatan seperti rakan kongsi yang tidak boleh dipercayai bagi negara yang bergantung kepadanya untuk mendapatkan bekalan gas.

Qatar sebelum ini pernah berikrar tidak akan memotong bekalan gas ke negara jiran UAE, walaupun Qatar memutuskan hubungannya dengan Doha.

Pada masa itu, Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Energy, Saad Sherida Al-Kaabi memberitahu Al-Jazeera bahawa, negaranya tidak akan menghentikan bekalan ‘kepada saudara-saudaranya’.

“Kalau kami potong bekalan gas, ia mendatangkan kemudaratan besar kepada UAE dan rakyatnya yang dianggap seperti saudara,” kata Al-Kaabi pada ketika itu.

Sumber: Doha News

The post Berita Qatar ancam gantung aktiviti eksport gas ke seluruh dunia jika Gaza terus diserang Israel, adalah berita palsu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar