-->

2,200 penguat kuasa KPDN turun padang untuk pantau harga barang & bekalan makanan setiap hari

Seramai 2,200 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turun padang untuk membuat pemantauan bekalan makanan negara, setiap hari.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, 900 pegawai pemantau harga daripada jumlah itu (2,200) juga ditempatkan di seluruh negara.

Selain melakukan terjahan mengejut di premis-premis perniagaan, penguat kuasa KPDN juga akan menyamar untuk meninjau harga dan bekalan semasa bekalan makanan.

“Pada masa sama, penguat kuasa kita ada jadual. Tetapi ada yang mereka terjah. Ada juga mereka berpakaian seperti orang biasa untuk menyiasat di kedai-kedai bukan sentiasa jadual berkala yang tetap.

“Mereka juga ada terjah dan juga mereka ada memakai pakaian biasa sebagai pembeli biasa,” katanya memetik laporan dari Malaysia Gazette, Isnin, 9 Oktober 2023.

Fuziah berkata demikian menjawab soalan daripada Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi (Sri Aman – GPS) yang bertanya mengenai tindakan KPDN dalam memantau bekalan dan harga barang di pasaran.

Sumber: Malaysia Gazette, Facebook Fuziah Salleh

The post 2,200 penguat kuasa KPDN turun padang untuk pantau harga barang & bekalan makanan setiap hari appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar