-->

‘Terlalu berat tuduhan bertindak agresif, kita teruskan proses di mahkamah’ – Pejuang sos cili Mekdi nafi bertindak agresif, sebaliknya dia hanya minta extra sos cili untuk 6 hidangannya

Susulan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak restoran makanan segera McDonald’s, pelanggan yang dikenali sebagai Saiful Adli meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan penjelasan daripada pihak restoran berkenaan.

“Sedikit penjelasan isu viral sos McD. Saya betul-betul tak faham dari status asal tu, bahagian mana yang kata saya masuk McD semata-mata nak beli sos? Come on, saya bukan content creator, influencers apa-apa sahaja istilah yang menunjukkan orang yang cari duit melalui media sosial.

“Saya sertakan di sini resit awal, kot ada yang tak clear, bertanya sebelum tersesat jalan. Jangan memandai buat kesimpulan sendiri. Silap-silap jatuh fitnah.

“Empat burger, dua wrap, empat fries, rasa berpada tak untuk saya minta extra sos sebanyak 10 paket?

“Memang tempat lain saya tak pernah kena caj. Cuma di sini, jadi itu membuatkan saya terperanjat. Bila dia kata macam tu, jadi saya kata okay, saya sanggup bayar dan minta dia berikan resit. Resit itu gunanya untuk saya buat aduan kepada McD dan KPDN.

“Kedua-dua report sudah dibuat dan kedua-dua telah respon dengan baik,” katanya.

KPDN Melaka telah ambil tindakan kompaun

Menurut Saiful lagi, dia ada merakam insiden berkenaan tetapi memilih untuk tidak menularkan perkara itu kerana tidak mahu mengaibkan pekerja di situ. Namun, dia akan menyerahkan kepada pihak-pihak tertentu jika diminta untuk berbuat demikian.

“Semua kronologi ini berlaku di kaunter dan manager situ (berbaju kelabu) yang punch dalam cashier punya mesin (cash register) tu,” katanya.

Sementara itu dalam hantaran lain, Saiful turut berkongsikan hantaran daripada pihak KPDN Melaka yang telah mengenakan tindakan kompaun ke atas premis berkenaan.

“Pernah dengar cerita 10 paket sos cili dikenakan caj RM10? Adakah patut macam tu? KPDN Melaka dah ambil tindakan terhadap premis itu.

“Andai kata terjadi masalah begini, jangan malu dan segan. KPDN Melaka sentiasa membuka ruang, untuk sentiasa ada saluran yang benar untuk tuan-tuan semua buat aduan,” kata KPDN Melaka melalu hantaran video.

Tuduhan berat, ambil tindakan mahkamah

Dalam pada itu, Saiful turut kecewa dengan dakwaan yang menyatakan dia bertindak agresif terhadap kakitangan premis tersebut. Malah dia turut menafikan segala tindakannya itu berkait dengan isu politik.

“Tindakan kompaun oleh KPDN dah pun dikenakan. Statement dari McDonald’s dah pun keluar. Jika betul ada rakaman CCTV, itu lebih baik. Terlalu berat tuduhan ‘bertindak agresif’ tu. Kita teruskan dengan proses mahkamah.

“Ingin dijelaskan, segala tindakan saya tidak bermotifkan politik dan saya bukan lagi orang politik semenjak Langkah Sheraton. Saya sudah dipecat dari Parti Bersatu dan tidak lagi aktif menyertai mana-mana politik,” jelasnya

Sumber: Saiful Adly Abd Wahab, KPDN Melaka

The post ‘Terlalu berat tuduhan bertindak agresif, kita teruskan proses di mahkamah’ – Pejuang sos cili Mekdi nafi bertindak agresif, sebaliknya dia hanya minta extra sos cili untuk 6 hidangannya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar