-->

‘Bila Amir datang, kami takda income harian’ – Amir tampil mohon maaf, tak sangka kehadirannya menjejaskan pendapatan peniaga lain di Kamunting

Pelawak Amir langsung tidak menyangka, kehadirannya untuk berniaga secara santai di sekitar Taiing dan Kamunting baru-baru ini telah menimbulkan kesulitan kepada peniaga di sekitar.

Amir atau nama sebenar Mohammad Amirullah Azmi, 34, terdahulu menerima mesej daripada seorang individu yang mengadu mengenai kehadirannya telah menjejaskan periuk nasi mereka.

“Harap Amir faham, sebab ramai orang Taiping mengadu yang meniaga air balang jatuh (pendapatan) sebab Amir datang Kamunting.

“Kami meniaga untung bersih RM30 hingga RM40. Tapi bila Amir mai Kamunting, kami takda income harian. Makan pun kurang, dengan musim hujan lagi.

“Saya minta Amir faham ye. Anak-anak saya dekat rumah tak makan. Customer tetap saya semua beli air dekat Amir. Jadi, saya takde pendapatan.

“Saya ni meniaga pun untuk hidup je. Harap Amir tak terasa hati dan saya doakan Amir berjaya,” kata individu berkenaan.

‘I’m sorry!’

Terkesan dengan mesej itu, Amir tampil memohon maaf secara terbuka kepada peniaga air balang yang terjejas dengan kehadirannya.

“Minta maaf kepada peniaga air di sekitar kawasan berkenaan terutama peniaga air balang sekiranya kehadiran saya menyinggung anda semua.

“Harap pelanggan tetap tu teruslah menyokong peniaga-peniaga jalanan yang anda biasa berurusan.

“Saya datang niaga di Taiping/Kamunting ini pun santai-santai saja. Tak adalah nak tekan buat sale sangat. Sebenarnya sambil bantu sahabat lama saya untuk promote kedai dia di sini.

Tak percaya pada rezeki

“Rata-rata peniaga sekarang ini semuanya terkesan. Saya harap janganlah letak kesalahan 100 peratus pada saya. Lagipun saya datang niaga di sini sekejap sahaja. Last niaga hari Sabtu, 30 September ini,” katanya.

Namun di ruangan komen, ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan pengadu yang dianggap takut bersaing sehingga bertindak ‘menghalau’ Amir.

“Tak percaya pada rezeki. Pastu tak nak improve sebab dah selesa macam tu. Bila ada pesaing, hilang dia punya selesa,” kata Ipan.

“Itu baru Amir. Kalau karnival atau expo ada kat Taiping selama 10 hari, suruh karnival tu tutup ke kak?” kata Achey.

The post ‘Bila Amir datang, kami takda income harian’ – Amir tampil mohon maaf, tak sangka kehadirannya menjejaskan pendapatan peniaga lain di Kamunting appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar