-->

‘Tak boleh ditarik balik’ – kata Menteri Agama berhubung isu lelaki lafaz cerai talak 3 terhadap isterinya jika PMX masih bertahan sampai Sept 2023

Baru-baru ini tular satu hantaran daripada seorang individu yang telah membuat kenyataan untuk menceraikan isterinya dengan talak tiga sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan masih menerajui negara sehingga bulan Ogos 2023.

“Wallahi, saya akan ceraikan bini saya dengan lafaz talak tiga jika PMX dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan sampai bulan 8, 2023,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan akaun Facebook individu itu telah digodam. Carian di Facebook juga mendapati akaun milik lelaki tersebut sudah tiada.

Sudah menjengah ke bulan September, isu ini kembali menjadi perhatian telah diajukan kepada Menteri Agama, Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menurut Dato’ Naim, lafaz taklik yang dilafazkan oleh individu tersebut tidak boleh ditarik balik.

“Dalam konteks ini bila mana taklik itu dikaitkan dengan penceraian talak 3 kepada seorang isteri ia satu perkara yang amat tidak bertanggungjawab sebab seorang isteri tidak boleh dijadikan sebagai satu objek pertukaran jadi sebab kepada sesuatu taklik.

“Isteri ini perlu dinaikkan martabat. Islam telah menaikkan taraf isteri dan wanita. Jadi dalam konteks tersebut samada jatuh talak atau tidak di bawah peruntukkan undang-undang jelas menunjukkan bahawa mana-mana permohonan untuk mengesahkan taklik itu pihak-pihak perlu failkan kes di mahkmah syariah yang diperuntukkan dalam semua enakmen negeri.

“Jadi dinasihatkan kepada isteri atau suami yang mana taklik itu sudah dilafazkan, dinasihatkan untuk memfailkan permohonan di mahkamah bagi mengesahkan penceraian taklik tersebut.

“Hanya hakim syarie di mana pihak-pihak bermastautin sahaja yang boleh menentukan sama ada taklik tersebut jatuh atau pun tidak,” katanya.

Beliau juga menasihatkan para suami agar bertanggungjawab dengan lafaz taklik yang dibuat dan tidak melibatkan maruah seorang isteri. Selain itu beliau juga meminta individu untuk merujuk isu sebegini kepada hakim mahakamah syariah bukannya pihak ketiga.

Sumber: Dato’ Setia Dr. Naim

The post ‘Tak boleh ditarik balik’ – kata Menteri Agama berhubung isu lelaki lafaz cerai talak 3 terhadap isterinya jika PMX masih bertahan sampai Sept 2023 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar