-->

‘Standing in the eyes of the world’ lagu yang kekal diingati sehingga kini, pernah buat rakyat Malaysia sebak & kagum semasa Komanwel 1998

Sukan Komanwel 1998 menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah buat julung kalinya. Dalam temasya itu, Malaysia telah memenangi 10 pingat emas, 14 pingat perak dan 12 pingat gangsa serta memecah dua rekod SUKOM dan satu rekod kebangsaan.

Pelbagai momen yang diingati semasa temasya sukan itu berlangsung. Tidak kira sama ada masyarakat atau individu yang terlibat secara langsung dalam temasya tersebut.

Semasa temasya tersebut juga, beberapa penyanyi terkenal turut membuat persembahan. Antaranya, Noraniza Idris, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Ella, Anuar Zain, Sheila Majid, Amy Mastura, Ning Baizura, Jamal Abdillah, Amy Search, Saleem, Zamani.

Namun, lagu yang didendangkan oleh Ella yang bertajuk ‘Standing in the Eyes of the World’ menjadi perhatian dan masih diingati sehingga kini. Lagu yang ditulis oleh Habsah Hassan dan digubah oleh Wah Idris membuatkan sesiapa sahaja tersentuh dan sebak apabila menghayati lirik lagu tersebut.

Lirik lagu ini berkisarkan mengenai pengorbanan, kerja keras, keghairahan, harapan dan impian. Ia juga disifatkan sebagai sebuah karya agung yang menyuntik pembakar semangat.

Menerusi perkongsian di TikTok, ramai yang berkongsikan momen ketika temasya itu berlangsung. Mereka turut berasa sebak dan kagum apabila mendengar lagu tersebut dimainkan ketika itu.

“Berhantu betul lagu ni. Terpakai sampai bila-bila sesuai dengan Ella yang nyanyi. Bila dengar je mesti bergenang dan menitik air mata,” kata Izhar.

“Selain lagu raya, lagu ni jugak akan stay evergreen sampai bila-bila,” kata Piyomoon.

Aura lagu tersebut terbukti terhenti di situ sahaja, malah semasa program Mask Singer dijalankan tahun lalu, Ella telah diminta oleh pengacara AC Mizal untuk menyampaikan lagu tersebut. Kelihatan atlit yang dijemput seolah sebak mendengar lagu itu. Turut dilihat gagal menahan sebak, juri-juri seperti Zizan Razak, Datuk Aznil Hj Nawawi serta beberapa juri yang lain.

Sumber: Kaymaru, Meykace

The post ‘Standing in the eyes of the world’ lagu yang kekal diingati sehingga kini, pernah buat rakyat Malaysia sebak & kagum semasa Komanwel 1998 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar