-->

‘Adik saya dipukul 3 pelajar tingkatan 2 sampai pengsan’ – Pelajar dibelasah hanya kerana cuba leraikan pergaduhan

“Adik saya dipukul tiga pelajar tingkatan dua, sedangkan dia hanya seorang,” demikian kata abang kepada mangsa dalam video yang tular di media sosial semalam.

Menurut pengadu yang hanya dikenali sebagai Bosskal7 berkata, adiknya yang bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di Seberang Takir, Terengganu, ditumbuk sehingga sesak nafas dan dipijak sehingga pengsan.

“Ramai (pelajar lain) yang menyaksikan kejadian itu, tetapi tidak mampu meawan kerana ramai yang back up si pembuli.

“Kejadian berlaku lebih kurang jam 12 tengah hari dan hanya dimaklumkan pada jam 2 petang,” katanya.

@bosskal7

Adik saya dipukul 3 orang pelajar tingkatan 2 sedangkan dia hanya seorang 😞bayangkan ditumbuk sehingga sesak nafas dan dipijak sehingga pengsan😣ramai yang melihat tapi tidak mampu melawan kerana ramai yang backup si pembuli🥹dipukul lebih kurang pukul 12lebih dan diberitahu pada jam 2lebih 🥰 ingatlah pada si pembuli hidup mu tidak akan aman sampai mati #ppdkualanerus #komstar #adam #farish #syahmi #adamtakir #syahmiflatkgbatinblokO #farisflatkgbatinblokP

♬ original sound – 🙂🙂

Difahamkan, mangsa dibelasah oleh tiga suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku.

“Dia dipukul kerana melarang pergaduhan. Namun dia telah ditarik oleh suspek kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya.

“Adik saya seorang yang sangat baik dengan kawan-kawan dan orang sekeliling.

“Ramai yang terlibat, tetapi yang memukul adik saya adalah tiga orang Gangster Besar sekolah itu. Apa dosa adik saya sampai diperlakukan sebegini rupa?” katanya.

Tidak diketahui sama ada ahli keluarga mangsa akan mengambil tindakan undang-undang. Tetapi Bosskal memaklumkan adiknya kini berada dalam keadaan stabil.

Sumber: TikTok

The post ‘Adik saya dipukul 3 pelajar tingkatan 2 sampai pengsan’ – Pelajar dibelasah hanya kerana cuba leraikan pergaduhan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar