-->

‘Setakat RM8 hang ni aku tak heran la, customer aku ramai lagi’ – Peniaga campak duit, tak puas hati ditegur pelanggan

“Macam gini eh layan customer. Dari awal memang biadab, ambil order asal boleh. Nak senyum jauh sekali.

“Bila orang tegur baik-baik, terus mengamuk macam tak ada pendoman hidup,” demikian kata pengadu dalam ciapan yang tular semalam.

Menurut sumber, perselisihan faham di antara pengadu dan peniaga ikan bakar itu berlaku di Kuala Perlis berpunca daripada teguran.

“Saya dan kawan-kawan makan di kedai ini. Dah siap order semua, tetapi ada kawan yang nak tukar order. Kemudian pergi tanya owner dan dia kata, ‘Hang layan sat depa ni, banyak tanya sangat’.

“Bila nak pergi bayar, saya tunjuk resit pada dia tetapi dia tak pandang pun. Kemudian saya kata, ‘Lain kali layan customer elok-elok na (secara sopan)’.

“Dia terus mengamuk terpekik bagi semua orang tengok. Saya pun beredar ke meja makan. Dia datang balik dan campak duit RM8 tu dan kata, ‘Hang anak dara lagi, buat perangai elok-elok sikit. Hang bayar RM8 dekat aku, hang nak cakap lebih kurang.’

‘Setakat RM8 hang ni aku tak heran la, customer aku ramai lagi. Hang cakap elok, aku bagi elok. Hang cakap tak elok, muka hang jahanam’.

‘Hang pi balik. Aku tak mau tengok muka hang. Tak payah bayar pun takpa’.

Kesal dengan apa yang berlaku, pengadu dan rakan-rakannya bangun dan mahu meninggalkan tempat itu. Belum sempat melangkah, peniaga itu sekali lagi memberi peringatan.

‘Hang seorang ja tak payah bayar (yang menegur dia tadi). Yang lain bayar la, ingat kedai mak bapak hampa?’.

Menurut pengadu, teguran dibuat bukan hendak menjatuhkan peniaga berkenaan. Tetapi menuntut penambahbaikan.

“Kami tcuma tegur supaya kedepan nanti boleh ada improvement. Nak berniaga bukannya sehari dua. Lagipun janganlah aniaya customer. Customer itu punca rezeki awak juga. Layanlah pelanggan elok-elok,” katanya.

Sumber: Twitter

The post ‘Setakat RM8 hang ni aku tak heran la, customer aku ramai lagi’ – Peniaga campak duit, tak puas hati ditegur pelanggan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar