-->

‘Satu-satunya loan yang saya ada kereta Bezza, aset lain termasuk kilang sudah habis dibayar’ – Khairul Aming

Usahawan dan juga pempengaruh terkenal, Khairul Aming memilih untuk hanya melabur dalam perniagaan sambal Nyet yang diusahakannya daripada membeli barangan mewah.

Pemenang anugerah TikTok Awards 2023 itu juga menyatakan pembelian aset memberikan satu pulangan wang semula. Seperti mesin sambal adalah lebih baik daripada membeli kereta mewah atau rumah.

@syaz_aa

baguslah nak beli apa2 fkir dulu..jangan beli itu ini ikut nafsu kemudian hari mndatangkan kesusahan pada kita balik..bagus utamakan yang penting dulu..#khairulaminghumble #fyplaa #tiktokmalaysian #sambalnyet #khairulaming

♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

“Saya memang tak ada loan. Satu-satunya yang saya ada ialah kereta Perodua Bezza itu sahaja. Yang lain semua aset yang dah dibeli dah habis bayar termasuklah dekat kilang.

“Dekat kilang semua mesin juta-juta itu semua dah habis bayar, itu semua aset saya.

“Saya memang tak ada rumah, saya tak ada kereta mewah, ada satu kereta yang baru saya beli pada mak saya tapi bukan untuk saya. Aset saya semua kilang sahaja. Sebab kilang tu generate income,”katanya.

Jelasnya, aset-aset yang dilaburkan bukan hanya untuk perniagaan pada masa sekarang tetapi sebagai satu cagaran berdepan dengan apa-apa kecemasan yang berlaku pada masa akan datang.

“Kalau la satu hari nanti apa-apa jadi pada bisnes ni dan katakan lah saya mati, keluarga saya boleh jual barang dalam kilang, semua mesin-mesin yang ada, sebab semua dah habis bayar. Duit tu boleh dapat kat family saya balik,

“Saya memang jenis suka melabur dalam bisnes, duit daripada bisnes akan berkembang untuk bisnes semula.

Dia turut mendedahkan tidak gemar membuat pinjaman peribadi atau bank semata-mata untuk memenuhi kehendak.

“Bab bisnes saya tidak berkira macam contoh staf nak pakai atau beli mesin ini, okey beli. Tetapi kalau saya nak beli barang sendiri, pergi kedai ini, tengok mahal, keluar balik la,” katanya

Sumber: TikTok

The post ‘Satu-satunya loan yang saya ada kereta Bezza, aset lain termasuk kilang sudah habis dibayar’ – Khairul Aming appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar