-->

‘Satgi tegur, kena maki plak’ – Pelanggan dakwa kedai tular di Perlis guna mangkuk ‘berlumut’ hidang makanan kepada pelanggan

Sebuah premis perniagaan ikan bakar di Perlis kelmarin tular di media sosial di mana pemiliknya dilaporkan mengamuk selepas ditegur oleh pelanggan wanita yang memintanya lebih beradab ketika melayani pelanggan.

Rentetan daripada isu itu, ada segelintir netizen mengambil inisiatif sendiri untuk menyiasat latar belakang premis itu. Hasil carian di Google mendapati, premis itu menerima banyak maklum balas negatif daripada bekas pelanggannya sebelum ini.

Selain itu, sebuah portal berita tempatan juga pernah menyiarkan keluhan pemilik yang mengakui perniagaannya terjejas disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan pada tahun 2021.

Pada ketika itu, pihaknya tidak dapat menjana keuntungan dan terpaksa menanggung kos utiliti disebabkan ketiadaan pelanggan. Terutamanya dari pelancong luar yang datang bercuti.

Kembang tekak tengok mangkuk ‘berlumut hitam’

Sementara itu, sedang rancak tular di platform TikTok seorang pengguna berkongsi video yang menunjukkan tahap ‘kebersihan’ mangkuk yang diguna untuk dihidangkan kepada pelanggan juga mengundang rasa loya.

“Tak mau cakap apa. Satgi tegur, kena maki pulak,” kata Atikah Nadhirah pada kapsyen video tersebut.

@atkhndhrh_

Replying to @shidiedun Takmau cakap apa. Satgi teguq kena maki pulak 😢 #fyp #trendingvideostiktok #fypシ

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Difahamkan, pengadu langsung tidak menjamah hidangan tersebut kerana bimbang dengan tahap kebersihan makanan itu.

Ramai netizen menggesa pengadu membuat aduan kepada pihak berkuasa agar tindakan dapat diambil bagi mengelakkan pelanggan mengalami keracunan makanan.

Video itu turut mendapat perhatian daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis yang meminta pengadu membuat aduan rasmi kepada pihaknya.

“Pengguna juga boleh sampaikan aduan dengan menggunakan sistem SISPAA Online,” komen pengendali TikTok JKN Perlis.

Sumber: TikTok, Utusan Malaysia

The post ‘Satgi tegur, kena maki plak’ – Pelanggan dakwa kedai tular di Perlis guna mangkuk ‘berlumut’ hidang makanan kepada pelanggan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar