-->

‘Rupa-rupanya pelayan restoran pesan lobster berat 1KG tanpa beritahu kami’ – Pelanggan nafi tak bayar bil RM1,102.20, dakwa dianiaya

Susulan tularnya hantaran Facebook pihak restoran mendakwa pelanggannya enggan membuat bayaran bil penuh, pelanggan berkenaan tampil mempertahankan dirinya.

Menurut Rahmah Rahman, apa yang diceritakan oleh pihak restoran tersebut adalah tidak benar seolah-solah cuba menampakkan mereka yang bersalah.

“Kami telah membuat bayaran seperti yang pihak restoran cadangkan untuk menyelesaikan isu tersebut. Cashier di situ yang mencadangkan idea membayar 50-50, bukan kami,” tegasnya.

Menceritakan lebih lanjut, Rahmah mengakui dia dan keluarganya (bertiga) baru pertama kali masuk ke restoran itu dan tidak tahu apa yang sesuai untuk dipesan.

Pelayan restoran kemudian menawarkan hidangan yang sesuai untuk dimakan bertiga.

Pelayan pesan lobster berat 1KG tanpa maklumkan pelanggan

“Apabila kami melihat lobster di menu harganya RM48 per 100 gram, yang di mata kami nampaknya berada dalam bajet kami jika kami hanya memesan saiz yang lebih kecil. Pelayan itu juga menyakinkan kami dia hanya akan beri kami yang kecil dan tidak berat.

“Tetapi rupa-rupanya dia memesan yang beratnya satu kilogram tanpa memaklumkan kepada kami terlebih dahulu.

“Apabila bil tiba kami sangat terkejut lalu memanggil pelayan kerana mungkin ada kesilapan disebabkan kami keliru dengan harga lebih tinggi dari yang kami jangka.

Cashier tawarkan penyelesaian bayar 50%

“Kemudian kami berbincang dengan pelayan yang mengambil pesanan kami kerana dia memesan saiz yang lebih besar tanpa memberitahu kami harga dan saiz tertentu.

“Kemudian datang cashier menawarkan untuk menyelesaikan masalah di mana kami bayar separuh RM500 dan restoran bayar separuh RM500 dan kami bersetuju.

“Sebelum kami keluar, cashier memulangkan RM100 kepada kami dan memberitahu kejadian ini memang selalu terjadi. Ramai pelanggan terkena kerana pelayan yang sama tidak menjelaskan harga sebenar.

“Kami menjangkakan isu itu sudah selesai. Kami tidak meninggalkan restoran itu tanpa membuat bayaran. Sebagai bukti, di resit juga dicetak bayaran sudah dijelaskan,” ujarnya.

Rahmah berharap isu itu dapat diselesaikan dengan cara baik dan tidak lagi dipanjangkan.

Terdahulu, pihak restoran berkenaan mendakwa Rahmah hanya membayar RM400 sahaja daripada bil berjumlah RM1,102,20. Dengan alasan tidak mempunyai wang yang mencukupi. Laporan polis juga telah dibuat untuk tindakan lanjut.

Sumber: Facebook Rahmah Rahman

The post ‘Rupa-rupanya pelayan restoran pesan lobster berat 1KG tanpa beritahu kami’ – Pelanggan nafi tak bayar bil RM1,102.20, dakwa dianiaya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar