-->

‘Pendapatan rakyat Malaysia menyusut akibat tabiat & ‘ketagihan’ makan di luar’ – Menteri Ekonomi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam laporan eksklusif yang disiarkan portal MalaysiaKini berkata, rakyat Malaysia sanggup membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan mereka. Hanya untuk memenuhi ‘ketagihan’ tabiat makan di luar.

Tabiat makan di luar atau membungkus makanan di luar itu menyebabkan penyusutan pendapatan boleh belanja mereka. Namun, Rafizi berkata rakyat tidak boleh dipersalahkan. Sebaliknya, dasar lampau yang patut dipersalahkan.

“Di negara lain, makan di luar dilihat sebagai perkara riadah. Kita membelanjakan lebih banyak wang untuk membeli bahan mentah, memasak dan memakannya. Sekali-sekala kita akan keluar (untuk makan).

“Jika dilihat pada tahap tertinggi, kita ketagih dengan makanan import kerana selama beberapa dekad.

“Kita tidak fikir berbaloi melakukannya (menghasilkan makanan mentah), kita mempunyai wang yang mencukupi untuk mengimport dan membayar harganya sekarang,” katanya.

Secara purate, isi rumah tempatan membelanjakan kira-kira satu pertiga daripada pendapatan boleh guna mereka untuk makanan yang dimasuk atau dibawa pulang (makan luar/bungkus).

Manakala lebih separuh daripada makanan yang dipesan pada aplikasi penghantaran berharga RM30 atau kurang, setiap pesanan.

Menurut data Perkhidmatan Penyelidikan Ekonomi Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, isi rumah Malaysia pada 2021 membelanjakan 27.5 peratus daripada pendapatan boleh guna untuk makanan di luar rumah. Berbanding 12.8 peratus di Korea Selatan atau 8.4 peratus di Singapura.

Baca laporan penuh di portal MalaysiaKini: ‘Ketagih’ makan luar susukan pendapatan, Rafizi salahkan dasar lampau’

The post ‘Pendapatan rakyat Malaysia menyusut akibat tabiat & ‘ketagihan’ makan di luar’ – Menteri Ekonomi appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar