-->

‘Motor ditarik sebab tak bayar 34 bulan’ – Polis terima laporan dari ejen tarik kenderaan

Polis mengesahkan penunggang p-hailing yang menyepak motosikalnya sehingga mengalami kerosakan adlaah berpunca daripada rasa tidak puas lelaki itu sendiri.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3.10 petang, 11 September lalu.

Baca artikel berkaitan:

“Pemilik tidak berpuas hati, motosikalnya ditarik kerana mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan.

“Lelaki itu menendang motosikalnya sendiri sebelum diserahkan kepada ejen tarik kenderaan,” katanya, memetik laporan dari Harian Metro, Ahad, 17 September 2023.

Ejen yang ditugaskan menarik kenderaan itu juga telah membuat laporan polis pada hari yang sama di Balai Polis Brickfields untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular video penghantar makanan Food Panda merosakkan motosikalnya sendiri mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ada yang mengecam tindakan lelaki itu dan mengesyaki dia berbuat demikian untuk ‘meminta’ motosikal baru, seperti yang berlaku kepada seorang penunggang p-hailing di mana motosikalnya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

The post ‘Motor ditarik sebab tak bayar 34 bulan’ – Polis terima laporan dari ejen tarik kenderaan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar