-->

‘Kau langgar orang pastu lari! Kau berhenti la, kena saman baru RM100!’ – Anggota JPJ cedera dirempuh penunggang motosikal yang cuak tiada lesen

Tindakan seorang penunggang motosikal cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) gagal apabila dia merempuh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam kejadian di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat dirempuh.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, penunggang itu sememangnya tiada niat untuk memberhentikan kenderaannya dan terus memecut untuk cuba meloloskan diri daripada SJR.

Malangnya, perbuatannya itu mengundang kecelakaan dan mangsa dirempuh lalu terpelanting beberapa meter ke depan. Penunggang motosikal itu turut terjatuh sebelum ditahan oleh anggota JPJ yang menyaksikan kejadian tersebut.

Video kejadian ada di Telegram.

Mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital berdekatan dengan menggunakan kenderaan JPJ, untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, mangsa cuba melarikan diri berikutan dirinya tiada lesen memandu.

Selain motosikal miliknya jenis Yamaha 125ZR itu juga didapati tidak mempunyai cermin sisi dan nombor pendaftaran yang digunakan turut tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Dalam video yang tular, salah seorang anggota JPJ menegaskan tindakan penunggang terbabit tidak wajar dilakukan berikutan saman bagi kesalahan tiada lesen memandu hanyalah RM100.

Berbanding perbuatannya yang merempuh anggota JPJ hanya akan mengundang lebih banyak masalah.

The post ‘Kau langgar orang pastu lari! Kau berhenti la, kena saman baru RM100!’ – Anggota JPJ cedera dirempuh penunggang motosikal yang cuak tiada lesen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar