-->

Malaysia beri pelindungan kepada 200,000 pelarian Rohingya, Menteri Luar gesa OIC & ASEAN selesaikan krisis kemanusian di Myanmar

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN digesa bekerjasama untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan Rohingya.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, OIC dan ASEAN perlu meminta pengurangan dan pemberhentian keganasan terutama oleh pihak berkuasa tentera di Myanmar.

“Kedua-dua pertubuhan mesti menyelaraskan bantuan kemanusiaan tanpa diskriminasi, termasuk di kawasan yang tidak dikawal oleh tentera,” katanya semasa mesyuarat Kumpulan Hubungan OIC mengenai Umat Islam Rohingya, Myanmar yang diadakan di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang ke-78.

Situasi di Myanmar dilaporkan terus meruncing susulan rampasan kuasa tentera pada Februari 2021.

Keadaan itu menyebabkan Malaysia dan Bangladesh terjejas teruk kerana melindungi kira-kira 200,000 dan satu juta pelarian Rohingya.

Jelas Zambry, umat Islam Rohingya perlu membina daya tahan dan berdikari sebagai persediaan menghadapi kehidupan baharu mereka di Myanmar.

Mereka perlu ditempatkan semula secara konsensus dan negara anggota pula perlu menggesa kerajaan Myanmar mengenai kepentingan penghantaran pulang umat Islam Rohingya yang selamat, sukarela dan bermaruah.

Sumber: Buletin Utama TV3

The post Malaysia beri pelindungan kepada 200,000 pelarian Rohingya, Menteri Luar gesa OIC & ASEAN selesaikan krisis kemanusian di Myanmar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar