-->

Lelaki menangis ditahan polis, kantoi bawa pisau & cacah tatu hina polis di belakang badannya

Seorang pemuda dari Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia ditahan polis kerana mencacah tatu berbentuk penghinaan terhadap pihak berkuasa di negara itu.

Berdasarkan video yang tersebar di media sosial, bahagian belakang badan suspek tertera ayat ‘fuck police’.

Selain itu, suspek turut didapati membawa sebilah pisau dan menunjuk senjata itu ketika berdepan dengan pihak polis.

Suspek yang kelihatan menakutkan itu bagaimanapun terus mencangkung, menangis dan merayu serta memohon maaf kepada polis ketika ditahan.

Gelagat suspek mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Tatu itu menakutkan, tetapi dalam hatinya ada Hello Kitty,” kata netizen.

“Buat tatu tu guna pen jenis apa? Buat tatu baru tulis ‘I love police’, mana tahu boleh jadi duta polis,” kata seorang lagi netizen.

Sumber: Indo Zone

The post Lelaki menangis ditahan polis, kantoi bawa pisau & cacah tatu hina polis di belakang badannya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar