-->

Kenaikan harga pada beras import adalah kesan daripada tindakan India sekat eksport beras ke luar negara

Sejak kebelakangan ini, rungutan pelbagai pihak mengenai isu kenaikan harga beras mula kedengaran. Rata-rata mengadu mereka terkesan dengan kenaikan harga makanan ruji rakyat Malaysia itu.

Namun begitu, dikatakan kenaikan harga beras adalah tertumpu kepada beras import. Kenaikan harga ini disebabkan oleh negara pengeksport beras terbesar dunia iaitu India, telah mengharamkan pengeksportan beras ke luar negara.

Menerusi satu perkongsian di X, India sebelum ini telah mengeksport beras ke 140 negara termasuk Malaysia.

“Sebab ni harga beras import jadi naik sikit sejak kebelakangan ini. India sekarang ni taburan hujan tengah tinggi, hujan lebat dah berbulan-bulan.

“Padi diorang tanam tak menjadi. Bila padi tak cukup untuk kegunaan dalam negara sendiri, harga beras jadi naik. Dilaporkan harga beras kat India sekarang ni naik 11%,” kata perkongsian itu.

Langkah India menghentikan eksport beras terbesarnya dikhuatiri mampu mencetuskan kebimbangan inflasi selanjutnya di pasaran makanan global.

Kerajaan India berkata, ia mengenakan larangan ke atas beras putih bukan basmati selepas harga beras runcit meningkat tiga peratus bulan lalu selain berlaku hujan monsun lebat menyebabkan kerosakan besar-besaran pada tanaman.

Kementerian Makanan berkata tindakan itu adalah bagi memastikan ketersediaan beras putih bukan basmati yang mencukupi di pasaran India dan untuk meredakan kenaikan harga di pasaran domestik.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak akan membenarkan sebarang kenaikan harga beras putih tempatan meskipun berlaku peningkatan harga makanan ruji di pasaran dunia.

Sumber: X, Buletin TV3, BH Online

The post Kenaikan harga pada beras import adalah kesan daripada tindakan India sekat eksport beras ke luar negara appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar