-->

Gara-gara mahu melangsaikan hutang, lelaki pertaruhkan adik ipar & dirogol oleh lima rakannya secara bergilir-gilir

Gara-gara ingin melangsaikan hutang, seorang lelaki tergamak membenarkan rakannya merogol adik ipar secara bergilir-gilir di kediaman mereka, di Wangsa Maju.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan mendapati, abang ipar mangsa berusia 29 tahun itu berhutang dengan salah seorang suspek yang masih bebas.

Baca berita berkaitan: Wanita dirogol secara bergilir-gilir oleh 5 rakan kepada abang iparnya, sambil dirakam

Sebelum kejadian, suspek menghubungi mangsa, 26, dan memesannya untuk tidak mengunci pintu rumah, yang menyebabkan dia dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki terbabit.

“Abang ipar mangsa ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, di hadapan sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju. Suspek direman selama enam hari sehingga 8 September.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan (rogol berkumpulan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau Hotline Polis 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu mangsa yang sedang tidur ‘diserang’ lima lelaki sebelum dirogol secara bergilir-gilir dalam kejadian pada jam 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu segera tampil membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

Sumber: Buletin TV3

The post Gara-gara mahu melangsaikan hutang, lelaki pertaruhkan adik ipar & dirogol oleh lima rakannya secara bergilir-gilir appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar