-->

Kanak-kanak perempuan cedera dirempuh kereta Honda City yang tiba-tiba mengundur dengan laju

Sedang tular di media sosial ketika ini video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dirempuh sebuah kereta yang mengundur secara tiba-tiba dari tempat letak kereta.

Tidak diketahui lokasi kejadian, namun data pada video menunjukkan insiden tersebut berlaku pada jam 6.34 petang Selasa.

Sebelum kejadian, mangsa dan seorang lagi kanak-kanak lelaki dilihat sedang bermain di hadapan sebuah kedai. Dalam masa sama, kelihatan dua lelaki baru datang dan mahu masuk ke kedai tersebut.

Bagaimanapun, belum sempat berbuat demikian, kereta jenis Honda City berwarna ‘kuning’ secara tiba-tiba mengundur dengan laju lalu merempuh mangsa sehingga termasuk ke dalam kedai.

Tiada maklumat mengenai keadaan mangsa, tetapi pemandu terbabit dipercayai tidak menyedari posisi gear berada di mod mengundur yang menjadi punca kemalangan itu berlaku.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut segera meminta pemandu mengalihkan keretanya ke depan bagi membolehkan pintu premis dibuka.

Pemandunya kemudian keluar untuk memeriksa keadaan mangsa.

Saksikan video kejadian di Telegram The Reporter.

Sumber: Info Semasa

The post Kanak-kanak perempuan cedera dirempuh kereta Honda City yang tiba-tiba mengundur dengan laju appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar