-->

‘Gelang ni Pak Cik belikan masa ulang tahun perkahwinan, sayang la…’ – Warga emas sanggup jual gelang mahu belikan laptop untuk anak buat netizen sebak

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak berjaya dalam kehidupan.

Begitu juga dengan pengorbanan seorang ibu yang dikongsikan oleh penjual komputer riba meruntun hati netizen. Si ibu datang ke kedai berhajat untuk membelikan anaknya komputer riba. Tetapi, dia menyatakan tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung pembelian itu. Bagi memenuhi hasrat anaknya, dia ingin menjual gelang emas yang dimilikinya sebagai cagaran.

“Mak Cik nak tengok bayaran macam mana, mak cik nak bagi gelang ni.

“Gelang ni Pak Cik yang belikan masa hari ulang tahun perkahwinan kami. Sayang la,” katanya sambil menangis sebak.

@asiah1106

Makcik ni mai nk tolak gelang emas semata mata nk beli laptop utk anak dia . Macam ni la Pengorbanan mak ayah kita nk bg ank bljaq utk ubah nasib keluarga #kutuasiah #ibukutuasiah #fypシ #fyp #foryoupage #xyzbca #kedah

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Warga emas ini juga menyatakan dia tidak kisah berkorban untuk anaknya yang ingin menyambung pelajaran.

“Tak apa lah, kita berkorban. Ada duit, kita beli lain,” katanya.

Namun begitu, penjual menasihati warga emas itu supaya menyimpan sahaja gelang emasnya dan membelinya secara kaedah penyimpanan kutu.

Warga emas ini bersetuju dan menyatakan dia hanya mampu memberikan sebanyak RM200 setiap bulan kerana dia seorang sahaja yang mampu bekerja. Suaminya dikatakan masih tidak sihat untuk bekerja.

Kisah warga emas ini bagaimanapun mendapat perhatian ramai dan rezeki memihak kepada anaknya apabila ada individu dikatakan sudi menderma komputer riba untuk kegunaan anak warga emas ini.

Semoga satu hari nanti, anak kepada pasangan warga emas ini dapat membalas jasa dan pengorbanan ibunya dengan sebaik-baiknya.

Sumber: Nor Asiah Kamis

The post ‘Gelang ni Pak Cik belikan masa ulang tahun perkahwinan, sayang la…’ – Warga emas sanggup jual gelang mahu belikan laptop untuk anak buat netizen sebak appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar