-->

‘I tak kisah kalau dia maki I, tapi apsal kau nak maki anak aku macam tu?’ – Rozita Che Wan berang Azwan Ali babitkan anak perempuannya

Dua tahun lalu, berlaku pertelingkahan di antara dua selebriti di mana Azwan Ali menegur cara Rozita Che Wan atau Che Ta berpakaian yang dianggap keterlaluan ketika mendapatkan suntikan vaksin dengan menggunakan kata-kata kesat.

Che Ta kemudian menempelak bahawa individu seperti Azwan tidak sepatutnya wujud di muka bumi.

Hal itu membuatkan Azwan membuat laporan polis kerana kenyataan yang ditujukan terhadapnya itu adalah berunsur fitnah dan merosakkan reputasinya.

Azwan dakwa dirinya disihir pelakon punyai bulu mata lebat

Ogos lalu, Azwan mendedahkan kepada umum bahawa dia telah disihir oleh pelakon wanita yang dikenalinya dalam industri dengan memberikan bayangan pelakon terbabit mempunyai bulu mata lebat.

Walaupun sudah sembuh seperti sedia kala, Azwan berterima kasih kepada pelakon itu kerana dia tidak mahu menyimpan sebarang perasaan dendam, seperti yang dinasihatkan oleh ustaz yang merawatnya.

Ramai yang percaya dakwaan itu ditujukan kepada Rozita Che Wan atau Che Ta. Ibu kepada tiga anak itu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Minta tarik balik laporan polis

Menurut Che Ta, Azwan telah menghubunginya untuk menarik balik kes itu dan meminta dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai permintaannya itu. Jika diteruskan, telefon bimbit Azwan akan dirampas untuk siasatan pihak polis.

Che Ta akur, menarik balik kes itu dan memilih untuk berdiam diri kerana enggan memanjangkan isu berkenaan.

Sehinggalah baru-baru ini, Azwan mengeluarkan kenyataan yang meminta Che Ta diam dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Adakah saya tulis nama dia? Tolong diam! Saya tak buat apa-apa pertuduhan secara langsung.

“Dari segi undang-undang, tak ada kes. Lainlah kalau sebut nama begini, begini. Jadi, memang boleh saman. Tetapi saya tak sebut sebarang nama yang sihirkan saya.

“Kerana apa yang sedang tular sekarang, mestilah pihak sana melenting. Aku sebut nama kau ke, bedah? Siapa makan cili, dia terasa pedas,” katanya.

Kesal anak turut dibabitkan dalam hal remeh ini

Hari ini, Jumaat, 15 September 2023, Che Ta mengakui beliau kesal nama anaknya, Aaishah Dhia Rana, turut dibabitkan dalam isu remeh ini, dalam satu hantaran Azwan di Facebook.

“Tak kisah dia nak maki saya, tetapi kenapa perlu melibatkan anak saya? 9 bulan 10 hari mengandungkan dia, jentik pun tak pernah, apatah lagi marah. Tetapi kanapa dia nak maki begitu?

“Kau tiada anak. Bukan bapa dan ibu, tetapi sedap sahaja cakap anak saya macam itu. Dia belum kena buku dengan ruas lagi,” katanya.

Tindakan Azwan yang masih mengeluarkan kenyataan negatif terhadapnya selepas memohon maaf sebelum ini membuatkan Che Ta tertanya-tanya, motif dia berbuat demikian.

Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro, Gemilang Daily, HLive

The post ‘I tak kisah kalau dia maki I, tapi apsal kau nak maki anak aku macam tu?’ – Rozita Che Wan berang Azwan Ali babitkan anak perempuannya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar