-->

‘Harga petrol di negara ini masih rendah berbanding negara lain’ – Anwar kata tak tepat untuk terus guna ungkapan ‘Hari ini menang, esok harga minyak turun’

Sejak menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ramai yang menuntut Perdana Menteri ke-10 atau PMX, Anwar Ibrahim menunaikan janjinya untuk menurunkan harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat.

Tuntutan itu dibuat kerana rakyat masih tertekan dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi, lebih-lebih lagi ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun di Dewan Rakyat pada Selasa, Anwar menjelaskan ungkapan ‘Hari ini menang, esok harga minyak turun’ adalah ungkapan yang dipersetujui bersama dengan PAS yang ketika itu berada dalam Pakatan Rakyat (PR) yang turut disertai oleh DAP.

“Ada yang mempertikaikan soal minyak (ungkapan) hari ini kita menang, esok harga minyak turun. Itu disindir oleh Ketua Pembangkang (Hamzah Zainudin).

“Bila saya (sebut) perkara itu, PKR, DAP dan PAS bersama. Apa yang saya sebutkan itu dipersetujui oleh PKR, DAP dan PAS,” katanya.

Berbeza dengan keadaannya pada hari ini, harga petrol semasa adalah tidak sama dengan harga bagi tahun 2018.

“Harga petrol pada 2018 antara Malaysia dan Arab Saudi ketika itu, adalah berbeza. Di Malaysia, 2.21 sen, Arab Saudi masa itu sudah naik RM2.19. Tak mengapa.

“Sekarang 2023, berapa harga minyak di Arab Saudi? RM2.84. Berapa harga minyak di Malaysia? RM2.05.

“Harga petrol di negara ini juga masih lagi rendah berbanding dengan negara lain. Oleh itu, untuk terus menggunakan komen dan hujah yang kita buat bersama-sama dalam Pakatan Rakyat, tidak tepat sebenarnya,” kata Anwar.

Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online

The post ‘Harga petrol di negara ini masih rendah berbanding negara lain’ – Anwar kata tak tepat untuk terus guna ungkapan ‘Hari ini menang, esok harga minyak turun’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar