-->

‘Dah cukup banyak sangat ni dik, Ya Allah terima kasih’ – TikToker kongsi video bantu penjual burger di Perlis, undang rasa sebak

Masyarakat Malaysia harus dipuji kerana memiliki sikap yang prihatin dengan golongan yang kurang berkemampuan.

Ada yang menjadikan sebagai satu content yang direka bagi menarik jumlah penonton yang ramai tetapi ada juga yang merakamkan detik itu sebagai satu nilai yang baik untuk dipertontonkan.

Seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Bosmel dipuji netizen kerana membantu seorang penjual burger wanita di Perlis. Wanita itu bukan hanya menjalankan perniagaan itu seorang diri, malahan turut membawa anak-anaknya yang masih kecil bersama.

@bosmel

Mengalir air mata seorang ibu tidak ternilai harganya. Tangisan gembira 🩵 Moga anak-anak akak ini dapat bantu akak & suami besar nanti. Jgn lupa pengorbanan ibu kita 🥹

♬ original sound – Bosmel – Bosmel

Jika anak-anak lain, sudah pasti tempat selesa yang mereka nikmati. Tetapi anak-anak kepada wanita ini sanggup menemani ibunya dari jam 6.30 petang hingga 12.30 malam.

Menurut wanita ini, pulangan modal yang diperolehi dalam perniagaan itu tidaklah seberapa.

Melihat keadaan wanita ini membuatkan Bosmel tersentuh. Dia menghulurkan beberapa keping wang ringgit untuk membayar burger yang dibeli dan sumbangan kepada wanita ini. Pada mulanya wanita ini menolak dan sebak dengan pemberian Bosmel.

“Ya Allah, terima kasih, murah rezeki. Doakan kekal sihat boleh buat kerja,” katanya sambil menangis.

Bosmel juga dilihat gagal menahan sebak. Dia menghulurkan wang ringgit pula untuk perbelanjaan anak-anak dan suami wanita ini. Sekali lagi wanita itu menolak dengan baik tetapi dipujuk kembali oleh Bosmel.

“Allahuakbar, cukup banyak ni. Cukup la, tak apa cukup. Cukup ni ada kami bahagi tak apa. Untuk anak pun cukup alhamdulilah,” katanya.

Bosmel sempat menitipkan pesanan buat wanita ini supaya anak-anaknya belajar dengan baik seterusnya dapat mengubah nasib mereka sekeluarga.

Sumber: Bosmel

The post ‘Dah cukup banyak sangat ni dik, Ya Allah terima kasih’ – TikToker kongsi video bantu penjual burger di Perlis, undang rasa sebak appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar