-->

Guru hisap vape di depan pelajar akan dikenakan tindakan tegas, sekiranya ada aduan – Menteri Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana guru yang didapati menghisap vape di hadapan pelajar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya menerima aduan mengenai salah laku berkenaan.

“Saya fikir kalau adanya dakwaan itu berlaku, kita ada prosesnya dan ia mesti melalui aduan.

“Kita boleh ambil tindakan sekiranya didapati ia akan memberikan kesan yang buruk kepada ekosistem di sekolah,” katanya.

Fadhlina berkata demikian ketika menjawab soalan di Dewan Negara, Selasa.

Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997, sekolah merupakan kawasan larangan merokok.

Semua guru, kakitangan, ibu bapa dan mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang menghisap rokok di kawasan sekolah.

Sumber: Sinar Harian

The post Guru hisap vape di depan pelajar akan dikenakan tindakan tegas, sekiranya ada aduan – Menteri Fadhlina Sidek appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar