-->

‘Camne nak report rider ni? Agak rude letak makanan di situ’ – Lelaki tak puas hati, rider FP tinggalkan makanan di tingkat bawah atas alasan sakit kaki

Seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan seorang penghantar makanan yang didakwa tidak melaksanakan tugasnya dengan baik.

Dalam hantaran yang dikongsikan di Facebook Group Bandar Baru Bangi itu, pengadu mendakwa penghantar makanan itu biadab dan tidak menghantar pesanan yang dibuat isterinya sehingga di pintu kediaman mereka.

Rider hantar mesej, tak dapat naik ke tingkat atas

Berdasar gambar tangkap layar yang dikongsikan, penghantar makanan terbabit memohon maaf kerana tidak dapat naik ke tingkat atas untuk menghantar pesanan pelanggan kerana keadaan kakinya tidak mengizinkan.

“Minta maaf, saya tak dapat nak naik, kaki sakit. Makanan saya letak atas mailbx ye,” demikian mesej yang diterima dalam aplikasi tersebut.

Sumber gambar: FB Pengadu

Namun, perbuatan penghantar makanan itu mengundang rasa tidak puas hati pengadu yang tidak menghubungi isterinya terlebih dahulu sebelum meninggalkan makanan yang dipesan di atas peti surat. Sedangkan isterinya ketika itu sedang sarat mengandung.

Pengadu juga bertegas mahu membuat aduan terhadap penghantar makanan berkenaan.

‘Kenapa tak call dulu?’

“Salam warga Bangi, ada yang kenal rider Food Panda nama ni tak? Macam mana nak report ya rider ni? Agak rude ya letak makanan kat situ tanpa call dulu.

“Isteri saya mengandung tujuh bulan, duduk di tingkat empat. Ketika itu saya bekerja. Tetapi dia (rider) meninggalkan pesanan macam tu jer tanpa call dulu.

“Kita order food delivery untuk memudahkan urusan kita. Tetapi ini lagi menyusahkan. Ada yang tahu cara untuk report tak melalui aplikasi ini?” katanya.

Lebih suka COD

Bagaimanapun di ruangan komen, netizen berpendapat penghantar makanan itu sudah cuba sebaik mungkin untuk memaklumkan alasan dengan penuh beradab.

“Saya rasa dia dah cuba sehabis baik beradab dengan menghantar mesej dan memaklumkan alasannya. Dia pun tak tahu yang pelanggannya mengandung.

“Mungkin pada pesanan seterusnya kena tinggalkan nota yang memaklumkan isteri awak sedang mengandung dan minta dihantar ke pintu. Dan beri sedikit tips,” kata Muslih.

Tetapi ada pula yang berpendapat, penghantar makanan tidak perlulah bekerja sekiranya benar kakinya sakit. Tambahan, keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya makanan pelanggan hilang akibat diambil oleh individu lain yang tidak bertanggungjawab.

“Kalau dah tahu kaki sakit, tak perlu ambil order. Duduk rumah sajalah. Kalau makanan hilang, naya kat customer,” kata Emma.

“Sebab itu kalau beli makanan online, saya suka bayar Cash on delivery (COD). Bila COD, macam mana pun rider tetap kena jumpa customer untuk ambil duit. Kalau bayar online, macam ni lah, main tinggal-tinggal je makanan kita,” kata Haifa.

The post ‘Camne nak report rider ni? Agak rude letak makanan di situ’ – Lelaki tak puas hati, rider FP tinggalkan makanan di tingkat bawah atas alasan sakit kaki appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar