-->

Budak 8 tahun maut, basikal dilanggar kereta MPV ketika dalam perjalanan balik ke rumah

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan meninggal dunia selepas basikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dalam kejadian di Lorong 14 Kampung Padang Jaya 2, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 petang. Mangsa, Muhammad Azzim Imni Mohd Faizal, 8, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Siasatan mendapati, wanita yang memandu MPV Toyota Innova berusia 33 tahun bterkenaan sedang melalui lorong itu untuk menuju ke Jalan Kampung Padang Jaya 8 untuk ke Sungai Lembing.

Tiba di lokasi, mangsa yang menaiki basikal dipercayai melintas secara tiba-tiba dari kiri ke kanan jalan untuk pulang ke rumahnya di Lorong Kampung Padang Jaya 15.

Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu MPV berkenaan tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa.

Mangsa meningal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

The post Budak 8 tahun maut, basikal dilanggar kereta MPV ketika dalam perjalanan balik ke rumah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar