-->

‘Ustaz kata, isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’ – Abang Tesla tampil beri penjelasan, minta netizen jaga percakapan

Abang Tesla

Perkongsian video Abang Tesla mengenai dirinya yang berkahwin buat kali kedua mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk beberapa selebriti.

Menyedari dirinya dikecam dengan begitu rancak bagaikan tiada hari esok, Abang Tesla memuat naik video penjelasan mengenai perkahwinan keduanya agar orang ramai tidak berterusan melemparkan komen-komen negatif.

“Satu Malaysia kecam saya, sayang tahu kan? Tapi nak salahkan mereka, tak boleh sebab ramai yang buat poligami mengikut jalan yang salah, tak belajar betul-betul.

“Ramai yang tanya, tak sayang bini ke? Bukan tak sayang tetapi apa yang saya belajar daripada proses sepanjang kita nak berpoligami ini, perbetulkan apa yang silap. Saya belajar lebih menghargai. Kalau dulu saya tak menghargai sesuatu itu.

“Dan ada orang tanya kalau sayang kenapa kena kahwin dua? Ustaz itu kata, isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai. Itu yang saya dapat. Memang betul, bila dari jauh.

Ramai orang kaitkan poligami dengan nafsu semata-mata

“Mungkin ramai yang salah tafsir poligami. Ramai perempuan yang cakap tak adil. Ada yang kata kalau perempuan boleh berkahwin dua, tiga, empat. Tetapi Allah itu Maha Adil di mana perempuan ini senang masuk neraka atau syurga.

“Kenapa perempuan ini senang je nak masuk syurga? Taat pada Allah dan taat pada suami. Dan kenapa perempuan senang masuk neraka juga? Dia tak taat pada Allah dan suami.

“Dan benda itu orang tak faham dan sering kaitkan poligami dengan nafsu semata-mata. Bila kita pandang poligami dengan indah, kita akan dapat dengan indahlah. Tapi kalau kita pandang dari sudut negatif, macam itulah yang terjadi di Malaysia ini.

“Nak cakap pun susah, nak terangkan pun tak boleh sebab kita tak boleh nak tutup mulut orang, tak boleh nak cakap apa-apa,” katanya dalam video tersebut.

Bagi Abang Tesla, hanya isterinya sahaja yang memahami keputusannya itu biarpun dia kini sedang dihujani pelbagai kecaman dan kritikan.

TikToker itu turut menasihatkan netizen menjaga percakapan kerana perkara yang dilaluinya itu mungkin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Sumber: TikTok Dunia Cinta Kita

The post ‘Ustaz kata, isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’ – Abang Tesla tampil beri penjelasan, minta netizen jaga percakapan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar