-->

‘Tak faham bahasa ke, ibu bapa tak beritahu ke tak boleh make up ke sekolah?’ – Bapa kesal anaknya dimarahi guru sehingga trauma

Sempena Hari Kebangsaan yang bakal tiba tidak lama lagi, pelbagai aktiviti yang dianjurkan bagi memeriahkan lagi sambutan untuk memperingati hari bersejarah itu.

Ini termasuklah pihak sekolah yang mengadakan acara memperagakan pelbagai pakaian tradisional mengikut kaum-kaum yang ada di Malaysia.

Beberapa hari lalu, tular video seorang bapa mendakwa anak perempuannya dimarahi oleh guru wanita hanya kerana bermake up pada hari pemakaian pakaian tradisional sempena bulan kemerdekaan. Sedangkan perkara itu katanya, tidak dimaklumkan dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

‘Tak faham bahasa ke?’

“Anak saya gembira sangat, siap rehearsal sebelum nak ke sekolah. Ibu dia pun gembira sangat sebab hasil make up dan baju sewaan bertemakan pakaian tradisional India Ammara nampak sangat cantik.

“Tetapi sesuatu yang tak dijangkakan berlaku. Ammara masuk ke sekolah, terus ditahan cikgu. Dari jauh dengar cikgu itu marah sambil mengelap muka Ammara dengan kain untuk hilangkan make up.

@shazliey1

pengamalan dan dugaan yang hebat buat anak papa… Nur Ammara Keysha.. #ammarakeysha #fyppp #fypシ

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

“Sedih tengok anak kesayangan saya kena marah macam tu di depan dua murid lelaki lain. Paling sedih, dia kata Ammara tak faham bahasa, ibu bapa tak beritahu ke tak boleh make up ke sekolah.

“Sedangkan dalam group WhatsApp sekolah tak ada pun beritahu tak boleh make up. Cuma beritahu semua murid perlu hadir ke sekolah dengan pakaian bertemakan tradisional sempena bulan kemerdekaan,” katanya.

Anak trauma, menangis dimarahi guru

Kesal dengan insiden itu, pengadu datang berdepan dengan guru berkenaan. Reaksi daripada guru itu membuatkan pengadu kecewa di mana guru berkenaan menyalahkan guru lain yangg tidak menyampaikan maklumat yang betul kepada ibu bapa.

Pengadu kemudian mencari anaknya di kelas dan mendapati kanak-kanak itu menangis trauma.

“Dia menangis teresak-esak, puas juga nak pujuk, nak pulihkan balik semangat dia.

“Mujur ada ramai kawannya yang baik, sentiasa bersama dan memujuk Ammara serta memberi kata-kata semangat kepadanya,” ujarnya.

Hilang adab menegur murid

Di media sosial, netizen bersimpati dengan kejadian yang berlaku terhadap Ammara dan kecewa dengan sikap guru berkenaan yang tergamak menjatuhkan air muka murid Tahun Dua.

“Cara cikgu menegur itu salah. Adab seorang guru di mana? Janganlah mentang-mentang anak itu Tahun Dua, cara cikgu tu nak menegur pun kasar. Semoga ibu bapa Ammara bersabar,” kata Nurzuhadah.

“Sebagai seorang guru, saya suka tengok ibu bapa yang bersemangat seperti ini yang mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak dalam apa jua acara yang dianjurkan oleh pihak sekolah,” kata Qila.

Sumber: Facebook

The post ‘Tak faham bahasa ke, ibu bapa tak beritahu ke tak boleh make up ke sekolah?’ – Bapa kesal anaknya dimarahi guru sehingga trauma appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar