-->

‘Akaun FB saya kena hack, saya ada anak bini untuk tanggung, saya bukan macam tu’ – Zaimi nafi hantar mesej minta upah seks

Zaimi nafi dakwaan dirinya minta upah seks sebagai ganjaran cari rumah sewa

Semalam seorang wanita mendakwa dia telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki yang membalas mesej berbaur lucah.

Pengadu, Shimalaa Sanmuggam, terdahulu meminta bantuan suspek yang dikenali sebagai Zaimi untuk mendapatkan rumah sewa di sekitar daerah Setiu dan Bandar Permaisuri. Malangnya, lelaki itu bertindak di luar batasan.

Ekoran kejadian itu, Shimalaa mengatakan beliau telah membuat laporan polis berhubung gangguan seksual tersebut untuk tindakan lanjut.

Mangsa gangguan seksual, Shimalaa Sunmuggam, buat laporan polis

Bagaimanapun, Zaimi tampil menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa akaun Facebook miliknya telah digodam.

Menerusi satu hantaran di kumpulan Warga Setiu, Zaimi memohon maaf di atas kejadian itu dan menegaskan dia tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

“Saya mohon maaf atas apa yang viral pada Facebook saya hari ini. Malam tadi Facebook saya tak boleh buka, ada orang gunakan akaun Facebook saya. Facebook saya dah kena hack.

“Saya ada anak isteri untuk saya tanggung. Saya tak tahu apa yang terjadi pada saya, mungkin Allah nak uji saya. Saya bukan macam tu.

Permohonan maaf dari Zaimi di Facebook Group Warga Setiu

“Sekali lagi saya betul-betul mohon maaf. Dah banyak kali saya cuba tukar Facebook saya, tapi tak boleh logout,” tulisnya

Sumber: Kumpulan Warga Setiu

The post ‘Akaun FB saya kena hack, saya ada anak bini untuk tanggung, saya bukan macam tu’ – Zaimi nafi hantar mesej minta upah seks appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar