-->

“Sebab boleh dik hanya untuk perkara positif sahaja’ -Azri Walter perbetulkan ayat tular, akui frasa itu digunakan untuk kejayaan hidupnya

Tular baru-baru ini seorang guru meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pelajar yang menjawab kertas peperiksaan tidak seperti yang tertulis dalam silibus.

Lebih mengecewakan jawapan pada kertas peperiksaan itu dipetik melalui frasa yang diambil dari seorang pempengaruh. Bukan hanya satu, tetapi tiga jawapan ditulis dengan perkataan “sebab boleh”. Sedangkan soalan tersebut bertanyakan mengenai pembinaan lebuh raya di Malaysia.

Rata-rata netizen berpendapat pelajar-pelajar sekolah pada masa kini tidak berfikiran matang seperti pelajar-pelajar terdahulu. Dan menganggap pengaruh media sosial sangat memberikan kesan kepada pemikiran anak-anak muda sekarang.

“Itu menunjukkan pengaruh media sosial kepada anak-anak kita lebih kuat banding pembelajaran aras tinggi di sekolah,” kata netizen.

Reset cara pemikiran seseorang

Menyedari frasa yang digunakan sudah tular, pempengaruh Azri Walter dia mendedahkan tidak percaya mendengar frasa tersebut digunakan sehingga ke kertas peperiksaan.

Menurut Azri, perkataan tersebut sebenarnya digunakan sebagai satu pendekatan untuk mengembalikan keyakinan seseorang.

“Sebab boleh dik” ini adalah satu slogan yang bertujuan untuk RESET kepala otak kebanyakkan manusia yang telah diprogramkan bahawa mereka “tak boleh” dan minda mereka telah disekat oleh kebolehan dan kemampuan diri mereka yang sebenar,” katanya.

Dia juga berkongsikan perkataan tersebut yang membawanya kepada kejayaan dalam hidupnya.

“Walaupun saya seorang marhaen lepasan SPM yang membesar di kawasan setinggan dan flat kos rendah. Namun saya telah berjaya menterbalikkan kehidupan saya dari zero menjadi hero menggunakan mindset “Sebab boleh dik,” katanya.

Gunakan untuk perkara positif sahaja

Azri turut menegaskan bahawa perkataan tersebut hanya terpakai bagi perkara yang positif sahaja.

“Kepada adik-adik yang masih bersekolah dan sepatutnya tak tahu tentang media sosial ni, abang Azri Walter nak betulkan kesalahfahaman adik-adik bahawa, “sebab boleh dik ini hanya terpakai kepada perkara-perkara positif sahaja.

“Kalau ada orang yang menyalahkan saya, korang kena tahu bahawa dunia media sosial, internet dan televisyen ada ramai influencer dan selebriti yang secara terang-terangan mempromosikan perkara negatif. Seperti mengajar orang lain cara menyediakan makanan dan minuman yang tidak sihat, hiburan yang melampau, kepalsuan hidup suami isteri suprise dan bahagia 24 jam, menggalakkan lelaki ikut emosi jadi weak dan sebagainya,” katanya.

Sumber: Muaz Samad, Azri Walter

The post “Sebab boleh dik hanya untuk perkara positif sahaja’ -Azri Walter perbetulkan ayat tular, akui frasa itu digunakan untuk kejayaan hidupnya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar