-->

‘Saya doakan kami dapat mulakan hidup dengan lebih baik selepas ini’ – Farid Kamil & Diana Danielle sah bercerai talak 1

Pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle dilaporkan telah sah bercerai pada jam 3.22 petang Khamis.

Dalam prosiding yang dibuat secara online menerusi aplikasi Google Meet di Mahkamah rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Farid dikatakan tidak dapat hadir kerana masih tidak sihat.

Sebelum itu, Hakim Syarie Shukran Yusof, mula bertanya kepada Diana dan Farid sama ada bersetuju untuk meneruskan perceraian, kedua-duanya bersetuju.

“Bahawa saya Farid Kamil Zahari menceraikan Diana Danielle Danny Beeson dengan talak satu,” katanya.

Hakim Syarie kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintah Diana menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian, selain sijil nikah dibatalkan.

Ketika ditemui media, Diana bersyukur di sepanjang tempoh perkahwinannya dengan Farid, dia banyak belajar benda-benda yang baik. Termasuk belajar menjadi matang, menjadi ibu dan juga isteri.

“Saya doakan kami dapat memulakan hidup dengan lebih baik selepas ini,” katanya.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

10 Mac 2023, Diana memfailkan permohonan cerai kerana merasakan dirinya tidak lagi ada kesefahaman dengan Farid, selain berlaku ketegangan yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat hidup bersama.

Farid cuba untuk berdamai dan memujuk isterinya untuk kembali ke pangkuannya. Tetapi Diana nekad untuk menamatkan perhubungan mereka.

Sumber: Harian Metro, Xtra

The post ‘Saya doakan kami dapat mulakan hidup dengan lebih baik selepas ini’ – Farid Kamil & Diana Danielle sah bercerai talak 1 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar