-->

Sanusi tayang kertas undi, tidak menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 – Asiah Ab Jalil

Pengamal undang-undang, Asiah Abd Jalil, menyifatkan perbuatan Muhammad Sanusi Md Nor menayangkan kertas undinya kepada petugas media tidak menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menerusi pandangannya yang dikongsi melalui Facebook, Asiah berkata, tiada pemilih yang telah mengundi di dalam mana-mana pilihan raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu, dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya.

Seksyen 39 itu hanya beroperasi apabila ada petisyen pilihan raya difailkan. Apabila petisyen difailkan, dalam prosiding Mahkamah Pilihan Raya kelak, sesiapa pun tidak boleh memaksa mana-mana pengundi memberitahu siapa yang diundi semasa pilihan raya tersebut.

“Sanusi nak tayang kertas undi dia, tiada sesiapa paksa, tiada sesiapa suruh, tiada sesiapa kehendaki, itu dia punya hal,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perbuatan menunjukkan kertas undi yang telah dipangkah kepada umum merupakan satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Bagaimana setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan yang dibuat berhubung perkara itu. Polis katanya hanya akan menjalankan siasatan sekiranya menerima laporan yang mengatakan Sanusi menunjukkan kertas undi yang sudah dipangkah.

“Kalau ada laporan, mungkin kesalahan yang kita boleh jeniskan mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, iaitu menentukan kerahsiaan dalam pengundian,” katanya.

Sumber: Berita Harian

The post Sanusi tayang kertas undi, tidak menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 – Asiah Ab Jalil appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar