-->

Perkahwinan tak direstui, ibu mentua sihir menantu & lumur darah haid

Setiap individu mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia sepanjang masa. Walaupun ada dugaan yang mendatang, mereka dapat menempuh dengan baik apatah lagi apabila mendapat sokongan dari orang yang terdekat terutamanya keluarga.

Namun begitu, berat ujian yang menimpa seorang wanita apabila dia mendakwa telah disihir oleh ibu mentuanya. Wanita ini dikatakan telah dilumur darah haid pada badan kerana perkahwinannya tidak direstui.

Akibatnya, wanita tersebut berasa sakit seperti terbakar pada kemaluan selain sering keluar air hitam yang busuk.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang perawat wanita yang menceritakan keadaan wanita tersebut yang juga merupakan pesakitnya.

“Ibu mentua bertopengkan iblis. Alim, imej yang warak bukanlah tiket ke syurga. Satu badannya dilumurkan darah kotor atau haid.

“Itulah salah satu cara mentuanya gunakan ilmu hitam terkutuk untuknya. Perkahwinan yang tak direstui, akhirnya hidupnya merana.

“Kemaluan terasa terbakar. Selalu keluar air hitam yang busuk,” katanya.

Pesakit tersebut menceritakan kepadanya bahawa kisah itu bukan rekaan selain disaksikan bapa mentuanya.

“Ustazah saya bukan reka cerita. Bapa mentua saya saksi ibu mentua hampir setiap hari memuja gambar perkahwinan kami yang dilumurkan dengan darah haid yang busuk,” katanya.

Sumber: Perawat Wanita Nurularsyifaal Mustaqim, Kosmo! Online

The post Perkahwinan tak direstui, ibu mentua sihir menantu & lumur darah haid appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar