-->

‘Minta sedekah alaf baru’ – Trend Live NPC TikTok dikecam & digelar pengemis moden

Kebiasaannya, sesi live digunakan untuk berkongsi pendapat, berceloteh, hiburan, pendidikan dan sebagainya namun bila trend NPC mula tular, ramai yang berlumba-lumba pula untuk dapatkan gift hanya dengan semudah itu.

Live menerusi TikTok secara NPC (Non-Playable Character) dilihat semakin mendapat perhatian. Live NPC ini pengguna membawakan karakter atau reaksi berdasarkan ‘gift’ yang diberikan oleh pengikut mereka.

Live ini juga sebelumnya hanya terkenal di luar negara, tetapi kini sudah menular masuk dalam kalangan pengguna di Malaysia.

Biarpun aksi mereka itu dapat ditebus dengan wang ringgit, tetapi ramai yang melihat situasi ini seperti menjengkelkan dan mengundang satu perkembangan yang tidak sihat.

Ada juga beranggapan trend ini dilihat seperti ‘pengemis moden’ yang menagih gift dari pengikutnya.

Namun begitu, menurut salah seorang TikTokers yang membuat trend tersebut, dia menyatakan tindakan itu tidak salah dan bukannya meminta perkara yang sebaliknya ( gift po*n).

“Annoying skip ajerla, saya ni suka hiburkan orang je. Okaylah dapat gift live NPC, bukannya gift po*n live pun,” katanya.

Sumber: TikTok

The post ‘Minta sedekah alaf baru’ – Trend Live NPC TikTok dikecam & digelar pengemis moden appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar