-->

Guru beli Starlink guna duit sendiri untuk kemudahan guru & pelajar di pedalaman Sarawak, dipuji netizen

Kerajaan merancang perolehan 40 peranti satelit Starlink untuk kegunaan institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah seluruh negara dalam usaha meningkatkan capaian internet, sekali gus mewujudkan akses lebih luas dan pantas untuk pelajar.

Inisiatif ini adalah susulan perbincangan secara maya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama SpaceX syarikat milik Elon Musk, jutawan dan usahawan teknologi dari Amerika Syarikat baru-baru ini.

Namun begitu, tindakan seorang guru di pedalaman Sarawak dipuji ramai. Tidak hanya menunggu bantuan yang diberikan, sebaliknya guru ini mengambil inisiatif sendiri dengan membeli peranti satelit itu.

“Starlink ni kami beli sendiri ya. Bukan tajaan mana-mana pihak. Cepat sampai sebab terus order hari tu.

“Walaupun beli sendiri, tetap kredit kepada pihak yang bawa masuk starlink ke Malaysia. Dapat memudahkan kami untuk dapat capaian internet yang lebih baik,” katanya.

@amoimorni

starlink. Happy betul cikgu izzat ni bila starlink dah sampai. Hahahahaha jom tgk hasil dia nanti 😍 #starlink #starlinksatellites #starlinkinternet #fyp #rurallife #sarawak #pedalamansarawak

♬ original sound – AmOi Morni – AmOi Morni

Video yang dirakamkan oleh guru ini di TikTok mendapat perhatian netizen apabila dia meluahkan rasa gembira apabila peranti tersebut sudah sampai dan secara tidak langsung memudahkan tugasnya sebagai guru.

Difahamkan, harga bagi pembelian peranti tersebut adalah berjumlah dalam lingkungan RM2,300 manakala langganan bulanan bagi peranti tersebut adalah RM220 dengan kelajuan mencapai 151Mbps.

Sumber: TikTok Amoi Morni

The post Guru beli Starlink guna duit sendiri untuk kemudahan guru & pelajar di pedalaman Sarawak, dipuji netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar