-->

‘Boleh ke saya jual rumah sewa? Sebab owner dah lama hilang’ – Individu dikecam teruk kerana cuba makan hasil haram daripada harta bukan miliknya

Media sosial baru-baru ini heboh dengan hantaran seorang individu yang bertanyakan pendapat bagaimana caranya untuk menjual rumah sewa yang didiaminya.

Individu tidak bernama itu berkata, dia menyewa kediaman di Rawang itu semenjak dirinya masih bujang dan kini telah berkahwin serta mempunyai anak.

Kali terakhir dia membayar sewa rumah adalah pada 2021 dan sejak dari itu pemiliknya tidak pernah muncul.

“Macam mana prosedur nak jual rumah ini ya? Boleh ke penyewa dapat bahagian (keuntungan) selepas jual rumah ini? Sebab saya dah lama sewa rumah ini dari belum ada anak sampai anak dah kahwin.

“Owner pun dah bertahun tak datang. Rumah banyak rosak sana sini. Rumah ini dulu, owner dia tak ada anak dan isteri. Last bayar sewa 2021 sebab dia tak muncul-muncul.

“Jadi saya duduk free sampai sekarang. Itu yang saya tanya macam mana prosedur jual atau bolehkah saya sewakan rumah ini kepada orang lain sebab owner dah menghilangkan diri,” katanya.

Enggan susahkan diri cari waris

Sedar hantaran itu mengundang reaksi negatif netizen, individu itu menjelaskan dia hanya bertanya sahaja dan mengintai peluang untuk menambahkan pendapatannya.

“Maki saya macam-macam, suruh cari warislah, naik turun pejabatlah. Semua itu kena pakai duit. Kenapa saya pula yang nak kena bersungguh pergi sana sini? Saya penyewa.

“Saya tanya cara nak jual atau sewa sebab nampak peluang, boleh tambah income sikit-sikit. Zaman sekarang bukan macam dulu. Keluar sikit nak kena pakai duit. Tambah-tambah muncul makanan viral, anak-anak minta nak makan itu ini. Kalau ada income tepi, okey sikit,” ujarnya.

Tak sedar diri untung

Tanpa menunggu lama, ruangan komen mula dibanjiri dengan netizen yang mengecam niat individu berkenaan yang didakwa cuba memakan hasil haram dengan mempergunakan harta yang jelas sekali merupakan hak orang lain.

“Kau punya nak hak orang mengalahkan Israel punya perangai. Hidup tak berkat ni. Tak lama nanti, akan datang satu persatu malapetaka dalam keluarga kau.

“Sudahlah niat tak nak bayar rumah sewa, pastu nak ambil hak orang lain pula demi kepentingan hidup kau. Kau ni orang bertamadun ke tak ni?” kata Hyrill.

“Ada sesetengah orang, dia dah tak nak fikir dan hadap harta dia ada. Jadi dia beri penyewa duduk percuma sahaja. Mungkin ada rasa simpati atau kasihan.

“Tetapi penyewa pula sejenis yang hendak mengambil kesempatan. Sudahlah sewa tidak dibayar, rumah rosak pun dibiarkan sahaja. Patutnya duit sewa yang sepatutnya dibayar itu digunakan untuk membaiki rumah yang rosak. Tak sedar diri untung,” kata Lyana.

Ini hanyalah post eksperimen sosial

Keadaan menjadi semakin tidak terkawal, individu itu akhirnya tampil menjelaskan bahawa hantaran itu sebenarnya hanya sekadar eksperimen sosial untuk menguji ilmu pengetahuan netizen sama ada berfikiran wajar mengikut hukum agama berkaitan harta.

“Ini adalah satu post eksperimen sosial untuk menambah ilmu mengikut lunas agama dan undang-undang.

“Seseorang penyewa tiada hak untuk mendapatkan apa jua imbuhan di luar konteks perjanjian sewa walau apa jua cara yang cuba dibuat.

“Saya sebagai pencipta post ini memohon maaf jika perbincangan ini di luar konteks normal dan tidak bertanggungjawab di atas sebarang perkongsian di luar daripada pautan sebenar.

“Situasi, nama tempat yang terlibat hanya rekaan dan imaginasi penulis tanpa melibatkan hak milik sebenar,” katanya.

Sumber: Facebook Tukang Apa Hari Ini

The post ‘Boleh ke saya jual rumah sewa? Sebab owner dah lama hilang’ – Individu dikecam teruk kerana cuba makan hasil haram daripada harta bukan miliknya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar