-->

Bapa rotan anak sulung kerana berang mangsa bekerja sebagai jurujual di Sungai Buloh

Seorang wanita berusia 20 tahun mengalami kecederaan teruk akibat dirotan bapanya menggunakan rotan dalam kejadian di Kampung Melayu Raya, Segamat, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, bertindak di atas laporan berkenaan, pihaknya telah menahan suspek berusia 45 tahun di kediamannya pada awal pagi semalam.

Siasatan awal mendapati, mangsa didatangi oleh bapanya yang secara tiba-tiba menyebatnya lebih dari 10 kali di bahagian paha, betis dan siku.

Perbuatan penoreh getah itu menyebabkan mangsa mengalami luka teruk dan bertindak membuat laporan polis pada jam 12.16 pagi semalam.

Suspek dikatakan berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan anak sulungnya itu bekerja sebagai jurujual di Sungai Buloh, bersama saudara terdekat, tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Mansgsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).

Polis turut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan curi dan menyamar sebagai penjawat awam. Suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 / 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dicederakan.

Sumber: Harian Metro

The post Bapa rotan anak sulung kerana berang mangsa bekerja sebagai jurujual di Sungai Buloh appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar