-->

‘Ayah takkan ceraikan ibu, sebab dia nak berjoli dengan duit pencen ibu’ – Anak tertekan dengan perangai buruk bapanya

Perkahwinan bukan hanya satu ikatan semata-mata, tetapi tanggungjawab yang wajib dilunaskan oleh seorang ketua keluarga kepada isteri dan anak-anak.

Namun, perkongsian seorang pengadu ini menyatakan ibunya selama ini yang bertungkus lumus menyara kehidupannya sekeluarga walaupun masih mempunyai seorang bapa. Bapanya dikatakan hanya menyediakan kereta sahaja.

“Sepanjang 27 tahun berkahwin, bonda saya yang menanggung keseluruhan keluarga. Bonda saya berusia 50 tahun, seorang guru mempunyai gaji berganda berbanding ayah. Dia ikhlas terhadap keluarga tanpa mengungkit segala pengorbanan.

“Bonda sangat baik dan tidak pernah memukul atau menjentik kami. Tetapi ayah baran, berbirat-birat memukul kami sedangkan kami tidak nakal. Hanya salah kecil sebagai kanak-kanak,” katanya.

Kantoi curang beberapa kali, namun masih diberi peluang untuk berubah

Bapanya didakwa pernah curang dan ibunya telah memberikan peluang kepada bapanya. Namun begitu, ibunya tetap gagahkan diri meneruskan kehidupan bersama bapanya.

Sekitar 2016, bapanya sekali lagi berlaku curang dan bernikah dengan seorang wanita berusia 45 tahun melalui satu sindiket dan majlis tersebut dijalankan dengan penuh meriah.

“Tidak dapat digambarkan kedukaan bonda ketika itu. Patutlah beberapa hari sebelum majlis, ayah minta bonda duit, konon-kononnya untuk modal bisnes,”katanya.

Hati mula tawar, isteri tuntut cerai

Seakan sudah lama berjuang untuk perkahwinan, ibunya telah mengupah beberapa peguam untuk proses memfailkan penceraian. Tetapi, proses tersebut tidak dapat dijalankan kerana bapanya tidak hadir ke mahkamah walaupun sudah dua kali notis dihantar.

“Bagi ayah, biar dia kena tembak pun, dia tak akan ceraikan bonda. Kes dah ditutup sebab ayah tak datang.

“Kemudian, bonda memfailkan pula fasakh dan perbicaraan dijalankan. Malangnya, ayah pasang peguam untuk lawan. Hairan, duit nafkah untuk kami satu sen pun tak mampu dibayar. Tetapi pasang peguam untuk lawan kes, mampu pula.

“Peguam ayah sama sepertinya yang sangat obses dengan poligami. Walaupun bonda telah berikan bukti, namun mahkamah masih percayakan peguam ayah,” tulisnya.

Bapanya juga dikatakan telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia telah memberikan nafkah secara tunai kepada mereka sekeluarga.

“Bonda pula sangat sistematik, semua ada dokumentasi termasuk salinan online banking.

“Bukti gambar bonda dipukul dengan penuh kesan lebam di muka, laporan polis, laporan doktor semua lengkap. Tapi dengan kelicikan peguam belanya, semua dokumen dianggap tiada nilai,” katanya.

Suami enggan ceraikan isteri kerana sayangkan pencen pasangan

Pengadu ini juga mendedahkan mengapa bapanya berkeras tidak mahu menceraikan ibunya.

“Sudah termaktub dalam hukum pencen di negara kita, jika pasangan meninggal, maka segala faedah persaraan dan pencen bulanan secara automatik akan dapat kepada pasangan. Walau jahat macam mana pun suami, maka berjoli katak la sang-sang biawak.

“Bonda sudah buat wasiat, tetapi pengurus tadbir wasiat kata pencen bulanan tidak boleh diwasiatkan. Dan anak di bawah umur 18 tahun sahaja atau yang belum habis pengajian ijazah sahaja layak 1/10.

“Jika pencen bonda saya RM5,000, maka adik saya cuma dapat RM500 dan RM4,500 lagi ayah saya boleh tabur ke mana dia suka hasil titik peluh bonda saya itu,” katanya.

Pengadu juga mengharapkan agar pembaca mendoakan urusan mereka sekeluarga dipermudahkan dan menemui jalan penyelesaian serta mendapat keadilan. Dan dia juga memaklumkan keadaan ibunya menghidap penyakit kronik yang masih bekerja demi kelangsungan hidup.

“Doakan bonda kami dapat rasa bahagia dan mengecap manisnya keadilan sebagai seorang pejuang di hujung-hujung hayatnya,” katanya.

Sumber: TikTok

The post ‘Ayah takkan ceraikan ibu, sebab dia nak berjoli dengan duit pencen ibu’ – Anak tertekan dengan perangai buruk bapanya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar