-->

Anak peluk bapanya ucap terima kasih belikan basikal, reaksi si bapa menangis meruntun hati netizen

Setiap ibu bapa ingin berikan yang terbaik buat anak-anaknya walaupun terpaksa berpenat lelah untuk mencapai kemahuan anak.

Perkongsian seorang wanita mengenai keterujaan anaknya mendapat hadiah basikal sempena hari kelahirannya membuatkan netizen terharu dan sebak.

Pada mulanya, anaknya tertanya-tanya mengapa ibunya merakam videonya ketika pulang dari sekolah. Setelah membuka pintu bilik, anak perempuannya itu terkejut melihat sebuah basikal berwarna merah jambu ada di dalam biliknya.

“Siapa yang belikan? Mama? Papa?

“Yey, thank you papa,” kata anaknya sambil berlari mendapatkan bapanya lalu memeluk dengan erat.

Lebih meruntun jiwa, apabila melihat reaksi si bapa pada mulanya bersahaja namun menitiskan air mata apabila anak perempuannya mengucapkan terima kasih dan memeluknya.

Netizen terharu melihat reaksi suami kepada wanita itu dan menganggap momen tersebut merupakan satu momen yang mahal.

“Papa first smile, bila dia lari peluk papa dia and mata papa dia berair wehh! semoga Allah lancarkan rezeki papa dia utk bahagiakan keluarga,” kata Nurin.

“ Adui kakak, part anak dengan ayah peluk tu tak nangis, sekali nampak bapak nangis, nohhh banjir jugak mata aku,” kata cactuspinata.

“Papa kalau beli hadiah untuk anak 1 achievement tau bagi diorang. Susah seorang papa nak belikan hadiah, selalu mama je. Tahniah, papa kakak rajin-rajin,” kata netizen yang lain.

Sumber: TikTok

The post Anak peluk bapanya ucap terima kasih belikan basikal, reaksi si bapa menangis meruntun hati netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar