-->

3 lelaki warga Bangladesh belasah pekerja gerai sayur di Cameron kerana berebut pelanggan

Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan kerana memukul seorang pekerja gerai sayur di Brinchang, dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu, 12 Ogos 2023.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli berkata, pergaduhan itu berlaku pada jam 1.04 tengah hari dan mangsa mengalami kecederaan di kening dan lebam di belakang badan serta dada, telah dihantar ke Hospital Besar Tanah Rata untuk mendapatkan rawatan.

Follow Telegram The Reporter untuk tonton video kejadian.

Siasatan mendapati, berlaku pertengkaran mulut di antara mangsa dengan suspek berusia 31 tahun yang tidak dikenali dari gerai sayur berdekatan kerana berebut pelanggan.

Tidak beberapa lama kemudian, mangsa didatangi oleh suspek yang membawa dua rakan senegara bersama menyerang dan memukul mangsa menggunakan penutup bekas ais.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu yang menunjukkan mangsa dibelasah tanpa belas kasihan turut tular di media sosial.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan suspek, manakala dua lagi suspek lelaki Bangladesh terbabit sedang giat dikesan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

The post 3 lelaki warga Bangladesh belasah pekerja gerai sayur di Cameron kerana berebut pelanggan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar