-->

‘Zek Rollins adalah haters yang sedang menyindir Mi’ kata Syahmi Sazli, tetapi lelaki itu tampil nafi dirinya haters

Pengarah dan pelakon, Syahmi Sazli, menafikan Zek Rollins adalah peminatnya. Sebaliknya lelaki itu adalah penyamar yang mahu memburukkan namanya.

Terdahulu Zek Rollins membuat hantaran berbaur provokasi dalam group Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini kononnya tidak berpuas hati dengan keputusan ABPBH 35 di mana pelakon Bell Ngasri menang anugerah kategori Artis Komedi Popular, kelmarin.

Malah, lelaki itu juga melancarkan mogok selama seminggu kerana kecewa dengan keputusan tersebut yang menurutnya telah menidakkan bakat calon pilihannya dalam industri hiburan negara.

‘Dia haters yang sedang menyindir Mi’

Syahmi bagaimanapun menjelaskan, kenyataan lelaki itu tidak patut diambil serius, apatah lagi dijadikan sebagai berita.

“…kita kena jelas dan tahu, Zek Rollins ini akaun palsu dan ahli B40 Buat Perangai Apa Hari Ini. Dia sudah beberapa kali buat hantaran pasal Mi kononnya dia adalah peminat. Tetapi dia sebenarnya ‘haters’ yang sedang menyindir Mi,” katanya.

Syahmi percaya, pengikutnya tidaklah bodoh untuk menjadi taksub dan membuat hantaran seperti itu.

Nafi dirinya haters, sekadar bergurau sahaja

Sementara itu, Zek Rollins menafikan dakwaan dirinya adalah penyamar mahupun haters’. Sebaliknya dia memang mengikuti perkembangan Syahmi sejak dari dulu lagi.

“Saya bukan haters dia pun. Tak pernah pun saya berbuat sedemikian rupa. Mohon jangan salah faham, haters itu lain. Tak baik berburuk sangka dengan orang.

“Saya pun pernah share content video Syahmi sebelum ini. Itu maknanya saya support dia. Cuma bersempena ABPBH35 ini saja sekadar suka-suka bergurau senda,” jelasnya.

Difahamkan Zek telah menghubungi Syahmi untuk memohon maaf di atas salah faham yang berlaku.

Sumber: Syahmi Sazli, Zek Rollins

The post ‘Zek Rollins adalah haters yang sedang menyindir Mi’ kata Syahmi Sazli, tetapi lelaki itu tampil nafi dirinya haters appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar