-->

Wanita maut terbakar selepas motosikalnya merempuh sebuah kereta membuat U-Turn di tempat yang tidak sepatutnya

Tular di media sosial semalam video menunjukkan seorang penunggang motosikal merempuh sebuah kenderaan yang membuat pusingan U (U-Turn) di kawasan yang tidak sepatutnya.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam 15 Julai lalu berhampiran Sungai Janggut di Jeram, Kuala Selangor, mangsa dikenali sebagai Siti Nor Manisah Adila Rosdi, 26, dilaporkan maut.

Kemalangan itu telah menyebabkan motosikalnya terbakar lalu meragut nyawa mangsa di lokasi kejadian.

Abang kepada mangsa, Haidir Rosdi meluahkan rasa sedih dengan perkara yang menimpa adiknya itu menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu lalu.

“Alfatihah untukmu Siti Nor Manisah Adila binti Mohd Rosdi. Salam perpisahan buat selama-lamanya. Angah sayang kau dunia akhirat, Angah halalkan makan minum kau selama kita hidup ini. Angah sayang kau Nisa Adila.

“Berat hati ini nak redhakan pemergian kau. Allah lebih sayangkan kau. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa adikku Siti Nor Manisah Adila binti Mohd Rosdi. Kau lapangkan kuburnya. Syurga tempatmu sayangku Nisa Adila.

“Angah sayang kau sampai bila-bila. Kau pergi dalam keadaan syahid. Alfatihah,” tulisnya.

Sementara itu, sumber memaklumkan keadaan jalan di kawasan kejadian gelap berikutan tiada lampu disediakan. Malah, ada yang mendakwa pengguna jalan raya seringkali membuat U-Turn di kawasan itu biarpun mengetahui tindakan mereka itu boleh mengundang kecelakaan.

“Dah banyak kemalangan berlaku di kawasan itu. ADUN setempat wajib ambil tindakan pasang lampu jalan, pasang papan tanda yang melarang pengguna jalan raya membuat pusingan U,” kata Zura.

Sumber: Facebook

The post Wanita maut terbakar selepas motosikalnya merempuh sebuah kereta membuat U-Turn di tempat yang tidak sepatutnya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar