-->

Wanita China itu dibebaskan bukan kerana saya tetapi Imigresen tiada alasan untuk terus menahan dia Menteri Pelancongan

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, kesal dengan tindakan pihak yang menyiarkan laporan berita yang mendakwa dia menimbulkan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semata-mata mahu melepaskan seorang pelancong wanita warga China.

“Saya ada terima satu berita yang mengatakan Menteri buat kecoh di KLIA, tuntutan pelawat dari China yang ditahan oleh Imigresen dibebaskan.

“Saya sangat sedih, mengapa berita seperti ini boleh keluar. Sedangkan saya pergi ke KLIA pada hari kejadian selepas menerima banyak aduan yang mengatakan pihak Imigresen selalu menahan orang tanpa alasan dan tidak menjelaskan apa kesalahan mereka.

Sudah sediakan penterjemah tetapi pihak Imigresen enggan gunakan

“Saya difahamkan timbul masalah mereka tidak boleh berkomunikasi dengan pelawat warga asing yang ditahan. Sedangkan saya sudah meminta Malaysia Airport Berhad untuk menyediakan penterjemah bahasa Mandarin, Tamil dan Arab.

“Penterjemah bahasa Mandarin sudah bersedia, tetapi pegawai Imigresen tidak mahu menggunakan khidmat tersebut apabila mereka tidak boleh berkomunikasi. Itulah sebabnya pegawai Imigresen bawa mereka masuk ke Immigration Detention Centre.

“Saya cuma tanya pegawai Imigresen, kenapa rampas telefon pelawat? Sedangkan Imigresen tiada kuasa untuk rampas barang atau harta orang melainkan mereka dapat membuktikan seseorang itu bersalah.

“Seperti contoh kes wanita dari China ini, dia bukan dibebaskan kerana saya. Tetapi sebab Imigresen tiada alasan untuk menahannya. Cuma mereka kata wanita itu tiada tempat tinggal dan tidak dapat membuktikan tempat tinggalnya serta mempunyai tiket pulang semula ke negara asal.

“Tetapi booking details itu semua ada di dalam telefon bimbit wanita berkenaan. Dan dia datang bersama orang atasannya.

Pegawai paku tiga minta bayaran RM3,000 jika mahu dilepaskan

“Gambar viral di media sosial ini, saya yakin ianya datang daripada Imigresen itu sendiri sebab saya ketika itu berada di pejabat Imigresen. Saya mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) siasat dan kenal pasti telefon bimbit pegawai Imigresen yang mana menularkan isu ini di media sosial.

“Siapa dia dan kenapa dia berbuat demikian? Kenapa sebarkan maklumat yang tidak tepat kepada media, buat tuduhan dan fitnah. Atau kerana mahu menyelamatkan segelintir pegawai mereka sendiri?

“Wanita warga China ini beritahu sebelum saya sampai, ada seorang pegawai tiga paku bertanya bila dia boleh bayar wang? Kalau dah bayar, dia boleh terus bebas.

“Dalam masa sama, dia beritahu ada pegawai minta bayaran RM3,000 daripadanya jika mahu dibebaskan. Dan jika mahu masuk semula ke Malaysia, perlu membayar RM3,000 dan juga yuran pengurusan Visa sebanyak RM12,000.

“Ini bukan undang-undang daripada Kerajaan Perpaduan. Dia juga memberitahu sekiranya mereka membayar ‘tol’ kepada Imigresen, satu laluan khas akan disediakan untuk mereka. Inilah sudah menjadi masalah,” katanya.

Sumber: Twitter

The post ‘Wanita China itu dibebaskan bukan kerana saya, tetapi Imigresen tiada alasan untuk terus menahan dia’ – Menteri Pelancongan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar