-->

Twitter ancam saman Meta gara-gara Threads Elon Musk sindir Mark Zuckerberg raih perhatian dunia

Hanya beberapa jam dilancarkan, aplikasi Threads telah dimuat turun lebih 30 juta orang pengguna. Rata-rata pengguna menyatakan wujud persamaan tertentu dengan Twitter.

Peralihan pengguna ke arah aplikasi terbaharu ini dilihat kesan daripada pengumuman Elon Musk yang sebelumnya menyatakan akan berlaku pengurangan kandungan ciapan dan pelbagai lagi kemungkinan yang lain.

Susulan daripada itu, Twitter mengancam untuk menyaman Meta selepas syarikat induk Instagram itu melancarkan Threads, iaitu aplikasi yang diharapkan dapat mengalahkan laman sosial yang dimiliki oleh Elon Musk.

Dalam surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerbeg, yang diterbitkan oleh saluran berita dalam talian, Semafor, semalam, peguam Musk, Alex Spiro, menuduh syarikat itu melakukan penyelewengan serta menyalahi undang-undang rahsia perdagangan Twitter dan harta intelek lain.

Beliau turut menuduh Meta mengupah puluhan bekas pekerja Twitter yang mempunyai akses terus kepada rahsia perdagangan Twitter serta maklumat sulit yang lain.

Aplikasi Threads adalah pencabar terbesar kepada Twitter milik Musk, malah ia sebelum ini menyaksikan kemunculan beberapa siri pesaing, namun belum ada yang mampu menggantikannya sebagai antara pentas media sosial terbesar dunia, walaupun kini sedang menghadapi kesukaran.

Tindakan terbaru Zuckerberg menentang Musk itu meningkatkan lagi persaingan antara dua jutawan berkenaan.

Menerusi ciapan terbaharu Elon Musk, dia seolah menyindir pencapaian yang telah dibuat oleh Mark Zuckerberg.

“Persaingan itu bagus, penipuan itu tidak sama sekali,” tulis Elon.

Sumber: Berita Harian, Semafor

The post Twitter ancam saman Meta gara-gara Threads, Elon Musk sindir Mark Zuckerberg raih perhatian dunia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar