-->

Tahniah! Inspektor Sheila Dan Iqbal Zulkelfi Akhirnya Inspektor Sheila Mengaku Iqbal Kacak!

IMPIAN usahawan sensasi lqbal Zulkelfi ingin bertentang mata dengan Inspektor Sheila akhirnya tercapai apabila mereka digandingkan dalam satu sesi fotografi eksklusif bersama mStar.
Malu-malu ketika kali pertama bertemu, lqbal atau nama sebenarnya Muhammad lqbal Zulkefli, 29, tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan pegawai kanan polis itu.
Malah, sepanjang sesi itu, lqbal dan Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 35, dilihat tidak kekok bertegur sapa dan sempat bergurau mesra antara satu sama lain.

lqbal sedia mengenali Sheila lebih rapat. Kata lqbal, dia mahu mengenali Sheila dengan lebih rapat dan bersedia untuk melangkah ke hubungan lebih serius jika ada jodoh antara mereka.
“Selepas berjumpa ini saya serius untuk berkawan dengan dia… saya merasakan dia seorang yang komited dan jelas dengan apa yang dimahukan.
“Saya juga tak mahu berfikir Iebih, buat masa sekarang biarlah kami berkawan dahulu,” kata lqbal kepada mStar.

Dalam sesi fotografi ini, Sheila kelihatan anggun mengenakan busana pengantin berwarna hijau muda dari butik Arma Couture dan sentuhan mekap pula hasil solekan Khai Baha.
Bukan itu sahaja, lqbal juga sempat mempelajari beberapa perkataan bahasa Tamil termasuk ungkapan ‘saya sayang kamu’.
Dalam pada itu, lqbal juga sempat meninggalkan pesanan supaya Sheila menjadi seorang yang lemah lembut supaya tidak terus menerima kecaman netizen.
“Dia cantik dan boleh jadi model. Tapi sebelum ini ramai yang kecam sebab hanya mengenali Sheila sebagai seorang wanita yang tegas.

“Saya harap dapat mengajar dia supaya lebih bersikap lemah-lembut. Tidaklah orang asyik nak kecam selepas ini,” ujarnya.
lqbal berkata dia mengikuti perkongsian wanita itu di media sosial dan percaya di sebalik sifat garang yang selalu diperkatakan tentang Sheila, ada ciri-ciri kewanitaan yang membuatkan hatinya tertarik.
lqbal dan Sheila malu-malu kali pertama bertentang mata. Sementara itu, Sheila pula tidak menyangka dapat bertentang mata dengan lqbal selepas nama mereka mula menjadi sebutan ramai beberapa hari ini.
Memiliki ciri-ciri khas lelaki idaman, Sheila juga tidak ada masalah untuk menjadikan lqbal sebagai teman baiknya.

“Bila berjumpa hari ini persepsi saya terhadap lqbal berubah. Dia kacak, ramah. Badannya pun tidaklah terlalu besar. Sheila dan lqbal sedondon mengenakan busana dari butik Arma Couture dan solekan Khai Baha.
“Banyak lagi yang boleh saya explore tentang lqbal. Secara peribadi dia seorang yang baik dan kami boleh berkawan.
“Setakat ini saya belum jumpa lelaki yang betul-betul menepati citarasa. lya, saya memang seorang yang memilih,” jelasnya.
Nama kedua-dua mereka mula menjadi sebutan selepas lqbal meninggalkan komen untuk berkenalan dengan Shiela dalam satu artikel terbitan mStar sebelum ini.
Sumber : mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
LihatTutupKomentar