-->

Noh akui tempuh hidup sukar selepas berpisah dengan Mizz Nina dedah berebut hak penjagaan anak

Sejak bercerai tahun lalu, kedua-dua selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perpisahan mereka.

Namun, baru-baru ini melalui satu temubual di portal dari Indonesia, Noh mendedahkan dia melalui tempoh yang sukar selepas berpisah dengan bekas isterinya itu.

Noh atau nama sebenarnya, Muhammad Noh Salleh, 38, diminta mengulas lima lagu Indonesia yang menjadi kegemarannya dalam satu temubual di laman Instagram (IG) portal dari Indonesia.

Menurutnya dalam perkongsian itu, antara lagu yang diminatinya berjudul Manusia oleh David Bayu.

“Lagu Manusia adalah satu cerminan terhadap diri saya kerana sejak enam bulan berpisah dengan Mizz Nina, saya menempuh kehidupan sukar,” katanya.

Dalam pada yang sama, Noh turut mendedahkan dia dan bekas isterinya juga berebut hak penjagaan anak angkat mereka yang bernama Musa.

“Saya bercerai dengan isteri, kemudian berebut anak dan lagu Manusia seolah-olah kena dengan diri saya yang sedang melalui detik sukar dalam hidup,” katanya.

Setelah melalui episod sukar itu, difahamkan Noh sudah temui pengganti dan dikatakan sudah bertunang dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athira Mustapa, 30, pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor dan dijangka diijabkabulkan pada 23 September.

Sementara itu, Mizz Nina pula kini sudah mempunyai pasangan baharu bersama penyanyi rap dan penulis lirik dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) berketurunan Maghribi, Essam Muhammad.

Noh mendirikan rumah tangga dengan Mizz Nina pada 2 Julai 2011, tetapi bercerai pada Ogos tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

The post Noh akui tempuh hidup sukar selepas berpisah dengan Mizz Nina, dedah berebut hak penjagaan anak appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar