-->

Selesai berdakwah, Ustaz Abdul Somad pulang ke Indonesia dengan jet peribadi

Kehadiran pendakwah terkenal, Ustaz Abdul Somad ke Malaysia baru-baru ini sememangnya mencuri perhatian ramai apabila Dataran Merdeka dipenuhi 10,000 orang yang hadir mendengar ceramahnya.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah memberikan beberapa lagi ceramah di lokasi tertentu dengan dihadiri ramai tetamu dari pelbagai status sosial.

Balik Indonesia naik jet peribadi

Walau bagaimanapun, pendakwah asal Batubara itu telahpun pulang ke Indonesia dengan menaiki jet peribadi.

Hal tersebut dikongsikan TikTok sahabatbatuaschannel yang memuat naik momen keberangkatan pulang pendakwah terbabit sambil diiringi orang kenaman dan kenalan rapat dari Malaysia.

Tiba di Malaysia juga dibawa menaiki pesawat peribadi

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengatakan jet peribadi terbabit dari syarikat Weststar yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim.

Difahamkan, Ustaz Abdul Somad turut menaiki pesawat tersebut di Malaysia sewaktu ingin pergi dari satu tempat ke tempat yang lain.

Harap lebih ramai orang kaya membantu ulama berdakwah

Warganet yang melihat posting tersebut telah meninggalkan komen dengan mengucapkan ribuan terima kasih Tan Sri Syed Azman kerana memberikan pengangkutan yang baik kepada ustaz kesayangan ramai itu.

Mereka juga mendoakan agar pendakwah berkenaan dan juga pemilik syarikat jet peribadi terbabit terus diberi kesihatan yang baik serta diberkati oleh Allah S.W.T.

Semoga urusan Ustaz Abdul Somad terus dipermudah


Terbaiklah pemilik Weststar


Syukur ustaz mendapat layanan yang baik di Malysia


Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi mengatakan sama ada jet peribadi itu ditaja sepenuhnya oleh syarikat penerbangan tersebut ataupun disewa khas seseorang khas untuk pengangkutan Ustaz Abdul Somad.

Baca lagi : Tak Endah Pingat, Budak Lelaki Patah Balik Ke Belakang, Bantu Rakan Lelah

Sumber: TikTok sahabatbatuaschannel

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
LihatTutupKomentar