-->

2 TikToker sanggup basuh muka guna air jamban demi content & gift

Demi meraih perhatian dan juga hadiah (gift) dari pengikut di aplikasi TikTok, sekumpulan TikToker sanggup melakukan perbuatan kotor.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, rakaman semula siaran langsung (live) itu merakamkan mana-mana TikToker yang tewas dalam cabaran perlu membasuh wajah mereka menggunakan air dari dalam mangkuk tandas.

Rata-rata netizen terkejut melihat tindakan mereka yang sanggup melakukan perkara kotor itu dan pada mulanya mereka menyangkakan tindakan kurang ‘cerdik’ itu dilakukan oleh TikToker negara luar.

Tindakan TikToker ini juga disifatkan sebagai menjatuhkan maruah mereka sendiri untuk dipertontonkan keada umum.

“Jatuh maruah seorang manusia apabila diperlakukan oleh manusia lain dengan sebegini rupa.

“Air jamban itu bukan sahaja kotor, malahan tempat tinggal syaitan.

“Inilah akibatnya bila meletakkan punca rezeki tu datang dari manusia, sanggup bodohkan diri,” katanya.

Sumber: Komandan Marco

The post 2 TikToker sanggup basuh muka guna air jamban demi content & gift appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar