-->

Sebagai Barista saya pandai pilih pelanggan yang bodoh Barista dipecat oleh majikan kerana menghina pelanggan di media sosial

Baru-baru ini, seorang pempengaruh di Twitter berkongsi pengalaman membuat pesanan di sebuah kedai kopi terkemuka tentang kelicikan mereka menjual makanan sehingga membuatkan pelanggan keliru.

Bagi mereka yang tidak biasa memesan makanan atau minuman di premis sedemikian sudah tentu akan terkejut apabila melihat harga yang tertera di mana mereka perlu membayar lebih kerana terdapat kos tersembunyi yang tidak dinyatakan secara jelas.

Ciapan itu menarik perhatian seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah barista (penyaji kopi) bagi jenama kedai kopi tersebut.

Dalam ciapan balasnya berkata, sebagai barista, dia tahu bagaimana hendak memilih pelanggan yang ‘bodoh’ dan boleh dipaksa untuk bersetuju dengan semua ‘add ons’ yang dicadangkan oleh mereka.

Kenyataannya melabelkan pelanggan sebagai ‘bodoh’ mengundang pelbagai reaksi netizen yang meminta lelaki itu memohon maaf dan memadamkan ciapan tersebut.

“Aku keliru, macam mana monyet ini boleh kerja as barista? Bos kau buta ke? Ke nak cut cost? No wonder sambil kerja, kau scam orang,” kata Senupdogg.

“Kau pun kerja buat air je. Ada hati nak panggil orang bodoh,” kata Lily.

“Inilah salah satu sebab aku tak masuk kedai kopi ini. Barista ‘terpaling’ tahu segala-galanya tentang kopi. Lebih baik aku berinteraksi dengan mesin je order Costa Coffee,” ujar Waty.

Sehari selepas ciapan itu tular, lelaki berkenaan memuat naik ciapan baharu dan mengatakan bahawa dia telah dibuang kerja hanya disebabkan kenyataannya yang melabelkan pelanggan ‘bodoh’.

“Guess what?? You guys win. I’m done with Starbz. They fired me immediately,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, ada individu mendedahkan lelaki itu sebenarnya tidak bekerja di kedai kopi jenama antarabangsa berkenaan. Sebaliknya hanya meminjam apron berwarna hijau milik rakannya kerana dahagakan perhatian.

Sumber: Twitter

The post ‘Sebagai Barista, saya pandai pilih pelanggan yang bodoh’ – Barista dipecat oleh majikan kerana menghina pelanggan di media sosial appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar